Bolehkah Menjadi Kaya Bila Berbisnes Ebay?

Saya pernah hadiri kursus eBay + Dropship kelolaan seseorang yang kini terkenal dengan bengkel pemasaran emel. Tidak tahu pula, beliau masih berEbay atau tidak.

Selesai kursus, minda betul-betul terbuka. Dan bila melihat testimoni mereka yang berjaya buat jualan di Ebay, sepertinya…sekarang juga saya mahu buat listing di Ebay. Dapat dijual dan esok sudah jadi kaya!

Sungguh! Saya pernah  merasa nikmat memperoleh wang melalui Ebay.

Saya pernah membuat listing patung permainan Transformers. Dan ia terjual! Saya ada menjual kain batik. Dan ia terjual! Dapat juga pengalaman mengeluarkan duit USD dari PayPal ke Ringgit Malaysia.

>> KLIK DI SINI untuk belajar tentang Bisnes Ebay melalui ebook atau seminar <<

Kemudian datang cabaran. Tiada komitmen dan hilang fokus!

Walau minda terbuka dan tahu potensi buat duit di Ebay, tetapi bila tiada komitmen dan tumpuan, harapan menjadi kaya dengan Ebay sudah terlempar ke laut!

Menjadi kaya di Ebay hanya angan-angan karut atau benar?

Sememangnya ramai orang menjadi kaya berurus niaga di eBay. Mereka yang mencapai status jutawan semata-mata menjual di eBay (tanpa menjual melalui medium lain) juga ramai!

Umumnya kita sedar, untuk menjadi kaya seterusnya menjadi jutawan melalui perniagaan akan mengambil masa. Semua perniagaan begitu.

Tapi kamu percaya atau tidak, kamu boleh menjadi jutawan sekelip mata di Ebay!

Sudah tentu lah kamu tidak akan menjadi jutawan sekelip mata kalau hanya menjual patung permainan Transformers atau kain batik.

Kalau macam itu, bagaimana nak jadi jutawan segera?

Jika kamu ada surat cinta! Bukan sebarang surat cinta tapi mungkin surat cinta Albert Einstein kepada kekasih gelapnya yang sanggup dibida orang sampai 1 juta ringgit.

Atau kamu ada komik Superman keluaran#1 yang sanggup dibida USD1 juta oleh peminat fanatiknya!

Atau kamu ada barang bernilai sejarah, lebih-lebih bersejarah taraf dunia yang sanggup dibida tinggi oleh pegumpul koleksi. Ketika itu kamu akan menjadi jutawan segera.

Ada? Jika tidak ada cukuplah dengan menjual produk-produk biasa yang selalu diguna atau dicari-cari orang. Kumpul keuntungannya sedikit demi sedikit sehingga mencapai nilai juta.

>> KLIK DI SINI untuk belajar menjual barang di Ebay tanpa perlu menyimpan stok dan tidak perlu mengeposnya <<

Apa pun, Ebay menyimpan kisah-kisah duka dan mengujakan. Buang kisah kegagalan kerana ada lebih banyak kisah kejayaan untuk dijadikan inspirasi.

Selepas mengikut kursus ebay + dropship, saya ada mengumpul beberapa nota berkaitan ebay. Saya mahu publish sebagai artikel nota blog ini. Beberapa nota yang pernah diterbitkan di blog ini, mungkin akan diulang siar semula.

PENTING!!!

Sebagai makluman, nota ini bukan hasil pengalaman sendiri kerana pengalaman saya di ebay masih hijau.

Nota ini hasil pembacaan buku dan blog berkaitan ebay. Diubah suai dan diedit dengan Bahasa mudah untuk mengelak soal hak cipta.

Nota ini sebagai panduan saya untuk berjaya di ebay. Bukan menunjuk pandai dalam bisnes ebay.

Daripada saya simpan dalam fail. Elok disimpan di dalam blog ini. Semoga menjadi panduan berguna pula kepada mereka yang membacanya.

>> KLIK DI SINI untuk belajar tentang Bisnes Ebay melalui ebook atau seminar <<

 

Share

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge