Buat 7 Perkara Ini Untuk Mengatasi Masalah Kewangan

Ramai orang mengalami masalah kewangan. Terutama mereka yang tinggal di bandar.

Kerut muka seseorang dengan gerak tubuhnya yang ‘lemah’. Dari situ dengan serta merta, kita boleh tahu dia ada masalah hidup. Dan selalunya, banyak masalah hidup berkait dengan kewangan.

Ada orang lain pula yang pandai menyembunyikannya. Dalam senyum dan gelak ketawanya dan keaktifan hidupnya, orang tidak sangka yang dia memiliki ‘poket yang kosong’.

cara mengatasi masalah kewangan

5 isu di bawah adalah antara sebab kenapa masalah kewangan timbul dalam kehidupan kita:

1 # Gaji bulanan yang diterima rendah. Bertahun kerja gaji tidak pernah naik atau meningkat.

2 # Kos sara hidup semakin meningkat. Barang-barang keperluan seharian asyik naik, sedangkan duit belanja ada sebanyak itu sahaja.

3 # Paksa diri untuk hidup bergaya kerana malu dengan sekeliling kalau tidak ikut gaya hidup semasa. Terpaksa berbelanja lebih untuk memenuhi tuntutan gaya hidup. Kalau tidak ikut nanti dikatakan ketinggalan zaman pula.

4 # Pendapatan setiap bulan ada tapi tidak tahu kemana ‘perginya’ duit itu. Belanja cukup makan. Kadang-kadang pada tengah bulan duit sudah habis. Tidak boleh menyimpan pun walau sedikit.

5 # Hutang yang ada rasanya seperti ‘abad’ akan datang baharu boleh habis bayar. Hutang yang ada belum habis bayar terpaksa pula berhutang yang lain. Korek lubang untuk tutup lubang yang lain. Kalau begitu gayanya, sampai bila pun lubang tidak dapat ditutup.

Apa yang patut kita buat untuk mengatasi masalah kewangan ini?

Kita ‘wajib’ bertindak dan mencari jalan agar masalah kewangan kita dapat diselesaikan. Kenapa wajib? Kerana masalah kewangan kita sebenarnya boleh menyusahkan hidup orang lain

1 – Isteri hidup ‘derita’ bila suaminya tidak ada duit.

2 – Anak-anak memendam rasa bila ayah tidak ada duit. Banyak keperluan hidup mereka tidak dapat dipenuhi.

3 – Ibu bapa sedih kerana bila mereka susah anak-anak tidak dapat membantu.

4 – Adik beradik terpaksa meminta pertolongan orang lain kerana darah daging sendiri tidak dapat menolong.

Ada beberapa cadangan daripada mereka yang ‘pakar’ yang boleh diikuti supaya kita dapat mengatasi masalah kewangan yang ada.

Cadangan 1:

Gaji seseorang yang makan gaji, sama ada swasta atau kerajaan banyak dipengaruhi oleh faktor kelulusan (sijil atau kemahiran). Jadi kena berusaha upgrade diri agar gaji dapat dinaikkan.

Ambil kelulusan yang lebih tinggi dari university yang menawarkan pembelajaran dari rumah. Belajar sendiri di rumah atau ambil kelas malam.

Kalau kerja itu lebih mementingkan kemahiran, upgrade kemahiran diri. Ikuti kursus-kursus kemahiran yang berkaitan kerja pada hujung minggu. Bila majikan minta pergi kursus, janganlah pula cari alasan untuk tidak pergi.

Cadangan 2:

Mungkin kita boleh pertimbangkan untuk bertukar kerja dan bertukar majikan.

Tapi ini hanya strategi jangka pendek bila majikan sekarang susah nak naikkan gaji kita sedangkan kerja semakin bertambah dan majikan asyik berkata duit kurang masuk ke kantung syarikat sedangkan dia asyik bertukar kereta.

Cadangan 3:

Belajar bagaimana uruskan duit. Hadiri kursus-kursus pengurusan kewangan atau baca buku-buku yang berkaitan.

Bila duit digunakan secara semborono, banyak mana pun duit kita dapat setiap bulan akan cepat habis dan kita tidak akan tahu ke mana ia digunakan.

Cadangan 4:

Kurangkan perbelanjaan barang atau keperluan yang tidak penting.

Nafsu untuk makan di luar, berbelanja sakan untuk beli itu ini memang ada dalam diri setiap orang. Tabiat ini yang keterlaluan  boleh mengurangkan duit kita sedangkan sebenarnya banyak yang kita belanjakan itu  kita tidak perlukannya pun. Sesekali makan di luar tidak mengapa. Kalau hampir saban hari, boleh rabak poket.

Cadangan 5:

Simpan dulu duit sebelum berbelanja. Bukan belanja dulu, yang lebih baharu simpan.

Mereka yang arif menyarankan simpan 10 peratus daripada pendapatan. Terbaik bila lebih daripada itu. Sebenarnya tidak kisahlah 10 peratus atau lebih, mahu pun kurang dari itu. Apa yang utama ialah tetapkan satu jumlah tertentu dan simpan secara konsisten setiap bulan.

Mungkin anda perlukan ini:

>>> Balajar bagaimana memborong secara online dari China untuk dapatkan harga murah dan jual mahal di Malaysia. Jual sendiri atau jual online di facebook, lazada atau shopee!

Cadangan 6:

Kekalkan gaji atau pendapatan sedia ada tapi berusaha menambah pendapatan dengan melakukan sesuatu yang tidak mengacau kerja semasa.

Berniaga sambilan atau kecil-kecilan pada hujung minggu. Buat duit online melalui dropship atau affiliate. Cari keuntungan melalui bursa saham dengan kos permulaan yang kecil dan sebagainya yang lain.

Belajar ilmu berniaga oline dan online, juga ilmu pelaburan ini. Melalui kursus, seminar atau buku-buku.

Cadangan 7:

Amalkan sedekah. Peruntukkan jumlah khusus setiap bulan untuk sedekah. Jumlah khusus itu wajib disedekahkan secara tetap tiap bulan. Tidak boleh kurang. Jangan rasa cukup dengan jumlah yang ditetapkan. Tambah bila perlu.

Bab kelebihan sedekah ini tidak perlu diterangkan panjang-panjang. Sebagai umat Islam, kita patut tahu bab sedekah ini.

Anggapan sedekah mengurangkan duit adalah pemikiran orang jahil kerana Allah sebagai sumber rezeki memberi jaminan yang sedekah tidak mengurangkan satu apa pun malah makin bertambah.

Apa juga masalah kewangan yang kita hadapi, berusahalah mengatasinya. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Buat penyelesaian yang mudah-mudah dulu.

Moga artikel ini dapat membantu.

—-

Mungkin anda perlukan ini untuk membantu menambah pendapatan keluarga:

>>> Belajar bagaimana cara berniaga online produk fizikal di Shopee dengan betul sehingga mampu menjana sale 4 angka seminggu!

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge