Bukan Lagu Cinta Meleleh

Lagu Kun Anta yang dinyanyikan oleh Hummood al Khudher semakin digemari. Termasuk diri saya. Mulanya suka kerana rentaknya. Bila tahu maksud liriknya, saya makin suka akan lagu ini.

Hayati maksud lirik lagu ini.

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan mereka, aku telah meniru apa yang ada pada mereka

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Tidak..Tidak…Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Tidak..Tidak…kita bukan diterima orang lain dengan apa yang tidak ada. Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita. Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku. Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi seperti diriku. Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka

Ini bukan lagu cinta meleleh. Tidur tak lena, mandi tak basah.

Ini lagu, rentaknya menyegar sukma. Liriknya membangun jiwa.

Ketahui bagaimana hanya di rumah anda boleh meraih pendapatan lumayan. Klik Di Sini!

Share

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge