TAJUK: Ashaari Muhammad. Pengarang. Pemimpin. Pendakwah.
PENGARANG: Abdul Latip Talib
PENERBIT: Diterbitkan sendiri oleh penulis.
CETAKAN: Cetakan pertama, 2016
ISBN: 9 789671 460603
HARGA: RM30sm/ RM33ss
JUMLAH MUKA SURAT: 151
Ramai mengenali Ustaz Ashaari Muhammad dan ramai juga yang tidak mengenalinya terutama generasi yang lahir tahun 90an.
Pada sesetengah orang Ustaz Ashaari dianggap pembawa ajaran sesat. Yang lainnya percaya beliau mangsa ahli politik dan orang berkepentingan yang takut melihat kemajuan dan kepesatan pertubuhan al Arqam yang diasaskannya.
Bukan sedikit mereka yang kekal menganggap Ustaz Ashaari Muhammad sebagai guru mursyid walau apa juga tanggapan dan gelaran orang ramai dan pemerintah terhadap beliau.
Ustaz Ashaari Muhammad adalah tokoh kontroversi (ini anggapan orang orang bukan anggapan saya) yang agak takut-takut orang mahu memperkatakan diri beliau.
Oleh kerana kesemua buku tulisan Ustaz Ashaari Muhammad telah diharamkan, kemungkinan juga buku kisah hidup beliau juga akan diharamkan.
Mana ada syarikat penerbitan yang mahu menerbitkan buku yang mungkin akan diharamkan. Tiada penerbit yang mahu menanggung risiko. Lebih lagi pada keadaan ekonomi yang tenat ini.
Sebab itu Pak Latip menerbitkannya sendiri. Dan beliau bersedia dengan jangkaan yang buku ini mungkin akan diharamkan. Pak Latip sanggup mengambil risiko ini atas rasa cinta kepada bidang penulisan.
Apa juga tanggapan, pandangan dan kata-kata masyarakat terhadap Ustaz Ashaari, bagi saya Abuya Ashaari Muhammad yang melalui Jemaah Darul Arqam telah membentuk keperibadian saya. Selamanya Ustaz Ashaari Muhammad adalah guru saya walaupun saya tidak berguru secara langsung dengan beliau.
TEMPAT BELI: Beli terus daripada penulis melalui kiriman pos
HARGA BELI: RM35 (harga termasuk kos pos)
TARIKH BELI: Diterima pada Selasa 22/11/2016
Ashaari Muhammad (30/10/37 – 13/5/10) merupakan pengasas dan pemimpin pertubuhan al Arqam yang berpusat di Perkampungan Sungai Penchala, bersebelahan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Beliau dianggap pemimpin Islam hebat kerana tidak ada sesiapa yang sepertinya di Malaysia ini yang dapat memimpin sebuah pertubuhan dakwah, di mana semasa zaman kemuncaknya al Arqam memiliki pelbagai aset bernilai lebih RM200 juta.
Antara aset yang dimilik al Arqam adalah:
1# 48 buah perkampungan di seluruh Malaysia dengan keluasan tanah 294 ekar. Di setiap perkampungan ada sekolah, kawasan pertanian dan aktiviti ekonomi.
2# Memiliki Pusat Latihan Pertanian di Batu Hampar, Beruas Perak seluas 20 hektar. Sawah padi seluas 20 ekar di Pulau Pinang, 30 ekar di Keningau dan 100 ekar di Ranau.
3# Mempunyai lebih 92 jenis kenderaan pelbagai jenis termasuk sebuah bas eksekutif 2 tingkat, 10 buah Mitsubishi Pajero pancuan 4 roda. Juga ada memiliki 33 buah bas persiaran dan 20 buah teksi di Kuala Lumpur.
4# Mengusahakan 417 projek ekonomi di seluruh Malaysia, antaranya 56 kilang perusahaan, 20 pasar mini, 52 kedai runcit, 36 kedai buku dan alat ibadah, 21 kedai jahitan, 12 bengkel motor dan 18 buah restoran.
5# Aktif dalam bidang penerbitan akhbar, majalah dan buku terutama penerbitan 61 buku tulisan Ustaz Ashaari sendiri. Penerbitan al Arqam mendapat sambutan ramai, contohnya Majalah al Mukminah mencapai purata jualan 120,000 naskhah setiap bulan.
6# al Arqam juga mempunyai 10 poliklinik tidak termasuk klinik kecil di setiap perkampungan. 257 buah sekolah seluruh Malaysia termasuk 11 di luar negara. Dengan keseluruhan pelajar hampir mencapai 10,000 dan guru sedekat 700 orang. Selain itu Arqam ada menghantar lebih 320 pelajar belajar di university luar negara.
Buku ini bercerita tentang sejarah hidup pengasas Darul Arqam ini, Ustaz Ashaari Muhammad.
takpe ke buku ni masih ada di pasaran?
raihanah recently posted..Promosi Shaklee Disember 2016 Collagen Powder
Ini buku baru tulisan Pak Latip, penulis novel sejarah/tokoh terkenal. Bukan buku tulisan Ustaz Ashaari yang diharamkan kerajaan. Ini buku sejarah hidup Ustaz Ashaari.
owh baru saya tahu. thanks tuan
raihanah recently posted..Manfaat Glucosamine Dalam Collagen Powder
pernah dengar pasal al-arqam 😉
siti hazreen recently posted..Hadiah Kepada Top Komentator 2016 – Emas Public Gold
alArqam adalah pertubuhan dakwah paling besar pada zaman kemuncaknyanya. Kalau nak tahu kumpulan nasyid terkenal sekarang ini seperti Rabbani dan Hijjaj, asalnya adalah dari kumpulan nasyid al Arqam iaitu Nada Murni.
tau siapa dia.
tapi tak tahu plak ada buku dia.
uber lejen recently posted..Cara Daftar jadi Pemandu Uber
Dari segi pembangunan ekonomi ummah sangat terbaik, sayangnya ada unsur berlebih-lebihan memuja beliau.. sedih kadang fikir balik, maybe dengan baca buku boleh tau lebih lanjut sisi baik beliau, yg tak elok jadikan teladan, mungkin boleh amik iktibar macam mana beliau bangunkan ekonomi
imnajmi recently posted..Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!
Alhamdulillah dh baca buku ni, sangat bagus, dan sangat manfaat….