Buku Bicara Mata Hati

PENGARANG; Abd Ghani Haron. Pernah bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Sutan Mohd Jiwa, SMK St Therese. Menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Tikam Batu, Penolong Kanan di SMK AmanJaya. Pernah menjawat Pengetua di SMK Bukit Selambau dan SMK Sg Pasir. Kerja terakhir sebelum bersara pada 2011 adalah Pegawai  Pelajaran Daerah Kuala Muda, Yan, Kedah.

PENERBIT; Bina Darulaman Berhad

CETAKAN; Cetakan Pertama 2016 ( 3 jilid)

ISBN; 978-967-14045-0-8

HARGA; Penulis hanya memberitahu harga kos terbit dan kos pos buku. Terpulang kepada pembaca untuk membayar berapa. Nilai yang melebihi kos akan masuk tabung projek sedekah.

KETEBALAN; 312 jilid 1, 350 jilid 2, 272 jilid 3

Buku Bicara Mata Hati

Tidak pernah dibuat orang. Tapi penulis buku ini Tuan Abd Ghani Haron melakukannya. Tidak tahulah kalau ada dibuat orang yang di luar pengetahuan saya.

Apa yang dibuatnya?

Biasanya belian secara online dilakukan dengan cara, bayar dulu barang sampai kemudian. Tapi Tuan Abd Ghani Haron buat sebaliknya, pos barang dulu (buku), bayar kemudian.

Tidak tahu kenapa beliau melakukan begitu. Mungkin kerana niatnya mahu masukkan buku ini dan hasil kutipannya ke dalam projek sedekah yang diusahakanya, maka agaknya beliau berniat kalau penerima tidak membayarnya, buku ini dianggap sedekah kepada penerima.

Bila penerima membayarnya, tabung projek sedekah akan bertambah.

Seperti yang diberitahu Tuan Abd Ghani Haron, ada individu yang menempah 5 set (1 set 3 jilid) dan hanya membayar kos sahaja. Kemudian buku itu dijual untuk keuntungan peribadi. Apa yang mahu dikata atas perangai sebegini.

Dan bila anda mahu dapatkan buku ini, jangan bayar kosnya sahaja. Bayarlah lebih kerana yang lebih daripada kos projek itu akan masuk ke dalam tabung sedekah.

TEMPAT BELI; Melalui kiriman POS

HARGA BELI; Bayar melebihi harga kos

TARIKH BELI; Pesan pada 11/05/16. Kiriman sampai pada Jumaat 13/04/16

Sebahagian besar isi buku ini adalah himpunan tulisan Tuan Abd Ghani Haron di Facebook. Tulisan dalam bidang agama dan motivasi diri dari pengalaman kerja dan hidup beliau.

Setiap isu atau peristiwa semasa ditafsir dan dipadan dengan agama. Contoh yang baik dikemuka untuk dicontohi secara terus bukan diulas berjela-jela sampai pembaca tidak tahu mahu ikut yang mana satu.

Selain itu banyak isi yang ditulis untuk mencetuskan pemikiran, menyingkap pemikiran baru supaya pembaca dapat berfikir dari sudut yang berbeza dari biasa.

Setiap tulisan yang dihimpunkan dalam buku ini ditulis sebagai dakwah supaya pembaca berminat mendalami ilu agama, membaiki gaya hidup dan menyingkap pemikiran baru.

Share

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge