Buku Hamka Sejarah Umat Islam Edisi 2016

TAJUK; Sejarah Umat Islam Edisi 2016

PENGARANG; Hamka

PENERBIT; PTS Publishing House ( pts.com.my/book )

CETAKAN; Terbitan pertama, 2016

ISBN; 978-967-411-7423-9

HARGA; RM35sm/RM38ss

KETEBALAN; 1016 isi kandungan, tidak termasuk Nota Penerbit, Kata Pengantar, Indeks dan ruang Nota.

BukuSejarahUmatIslamHamka

Ketika post ini anda baca, saya belum habis baca lagi buku ini. Maklumlah tebal sangat. Tapi walaupun belum separuh yang dibaca, isi kandungannya sudah menjentik rasa hati saya.

Ketika sampai pada pengkisahan Dinasti Abbasiah (Kerajaan Bani Abbas), terutamanya pada zaman-zaman akhir pemerintahan  sebelum datangnya Bangsa Monggol, betapa saya rasakan samanya keadaan ketika itu dengan keadaan yang berlaku sekarang ini!

Pemimpin agama berebut pengaruh, mahu berebut kedudukan di sisi ketua negara. Berbeza kefahaman dan mazhab dijadikan alasan. Pegawai-pegawai kerajaan sibuk mengumpul harta hinggakan kantung perbendaharaan hampir kering. Dan rakyat dijadikan sumber pendapatan dengan pelbagai cukai yang dikenakan.

Sementara pemimpin berebut kuasa hingga sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat kuasa menurunkan perintah.

Negara kelihatan seperti rumah kayu yang kukuh cantik. Tetapi sebenarnya sudah dimamah anai-anai. Menunggu masa untuk roboh sahaja. Negara kelihatan kuat tetapi sebenarnya kacau.

Kekacauan ini membuatkan batas negara terbuka kepada serangan luar. Ini yang membuatkan satu kerajaan hancur dan digantikan dengan kerajaan lain. Amat malang bila kerajaan yang mengantikan itu bukan kerajaan Islam dan bersikap zalim pula.

Dan saya amat yakin sangat yang skrip ini akan sama sepanjang saya membaca habis buku ini. Kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah sepanjang sejarah umat Islam akan memulakan pembentukan kerajaan dangan skrip yang sama dan sama pula sebabnya yang membuatkan ia jatuh!

Saya amat takut ia berlaku di negara Malaysia yang saya cintai ini.

 

TEMPAT BELI; Pustaka Pertama, Komplek Pertama, Jalan T.A.R, Kuala Lumpur

HARGA BELI; RM30 diskaun RM5

TARIKH BELI; Jumaat 15/04/16

 

Buku ini ditulis sedikit demi sedikit oleh Hamka. Dan ia memakan masa selama 22 tahun dari tahun 1939 sehingga 1961. Tidak kurang 100 buah buku yang dirujuk dalam menghasilkan Sejarah Umat Islam yang dianggap karya agung ini. Bagi Hamka ini adalah karyanya yang paling besar!

Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Besar Muhammad s.a.w, bahkan meliputi sejarah Islam serata dunia, baik ketika zaman kegemilangannya mahupun zaman gelapnya. Sejak dari zaman awal sehingga zaman Islam ketika ini.

Hamka tidak menganggap karya ini lengkap, sedangkan ketika buku ini pertama kali terbit, belum ada lagi buku yang ditulis tentang sejarah umat Islam sejak mula Nabi Besar Muhammad s.a.w lahir sehinggalah perkembangan umat Islam di Nusantara saat ini.

Hamka mahu tugasnya dalam menyusun sejarah perkembangan umat Islam akan disempurnakan oleh penulis sejarah Islam yang lain.

Buku ini boleh didapati secara online melalui bookcafe.com.my

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge