Buku Nota Papan Hitam

Bagaimana agaknya cara anda menulis? Tentunya anda ada cara tersendiri.

Memang orang menulis itu ada pelbagai cara sebelum hasil tulisannya menjadi rencana majalah atau buku. Cara orang menulis itu, mengikut gaya yang dia senangi. Apa juga cara, seseorang itu akan memilih cara yang dia fikir mudah dan menyenangkannya.

Dahulunya di Sg.Penchala, perkampungan pinggir Taman Tun Dr.Ismail, saya melihat Cikgu Abu Hassan Morad menulis rangka novelnya di papan hitam dekat meja kerja beliau. Papan hitam itu buku notanya. Ketika itu dia masih mengajar dan papan hitam itu mungkin ‘dekat’ dengan dirinya sebagai seorang guru.

Rangka novel seperti karakter watak, jalan cerita dan sebagainya dibuat seperti yang selalu antara disarankan – dalam bentuk diagram. Bezanya dia menggunakan papan hitam sebagai ganti buku nota. Kalau pun ada papan yang orang guna, hanya papan whitebord.

Papan hitam besar itu mungkin sebagai tanda ‘besarnya’ idea cerita yang ingin ditulis. Luasnya tentunya tidak dapat menandingi luas dan rumit perkembangan cerita novel yang bakal ditulis.

Tidak tahu pula bagaimana cara beliau merangka tulisannya sekarang, dalam sibuknya menguruskan Galeri Ilmu. Mungkin masih menggunakan cara yang sama kerana tabiat atau nostalgia atau memudahkan sudut pandang. Atau mungkin sudah beralih kepada gajet terkini.

Apa juga cara yang seseorang itu selesa, itulah cara yang dipilihnya walaupun pihak ketiga menyarankan cara lain.

Nota yang sependek entri ini pun saya tidak menulis terus di blog. Saya selalu ‘mencontengnya’ dahulu atas kertas. Bila saya tidak suka apa yang ditulis, ia hanya dipangkah dan tulis lain. Kadang-kadang bila menulis lain, apa yang ┬ádipangkah tadi dapat digunakan semula.

Kemudian saya akan menaip dalam notepad dahulu. Tambah apa yang patut. Buang apa yang perlu. Perbetulkan bahasa dan sebagainya, Selepas itu baharulah copy dan paste ke dalam blog dan terus publish.

Cara ini mungkin leceh sedikit. Tapi itu lebih baik daripada mata saya berpinar-pinar menatap skrin komputer lama bila saya menulis terus di komputer sambil memikirkan apa yang hendak ditulis.

Bila menulis dahulu atas kertas dan semasa menulis semula dalam komputer, saya hanya memandang kertas dan kekunci sahaja. Hanya sesekali sahaja memandang ke skrin.

Mungkin bila saya ada rasa ghairah lebih sedikit kepada gajet terkini, ketika itu baharulah saya menukar cara mencatat nota di blog ini.

Share

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge