TAJUK; One Way Ticket. Pergi tak pasti kembali
PENGARANG; Muhammad Safwatullah Mohd Fadli, pendakwah sepenuh masa.
PENERBIT; Buku Puris, Galeri Ilmu Sdn Bhd.
CETAKAN; Cetakan Pertama 2016
ISBN; 978-983-097-591-7
HARGA; RM20sm / RM22ss
KETEBALAN; 228
Anak muda ini, Muhammad Safwatullah menadah ilmu dakwah daripada ayahanda dan bondanya.
Tahun 2012 menyaksikan anak muda ini bergiat dalam bidang dakwah sepenuh masa seperti ayahandanya. Selalu berulang alik bersama kedua ibubapanya demi meneruskan perjuangan membangunkan Islam di daerah terpencil terutamanya di pendalaman Sabah.
Beliau bertekad untuk tidak berhenti menziarahi saudara baharu dalam memastikan ilmu akan sentiasa disampaikan, akidah dikuatkan, ibadah dibetulkan dan kebajikan saudara baharu sentiasa dijaga.
Saya tidak kenal anak muda ini tapi ayahandanya saya kenal.
Ramai kagum dengan usaha dakwah anak muda ini yang menimba ilmu dakwah daripada ayahandanya. Ramai yang memuji uslub dakwah yang digunakan.
Tapi ramai yang tidak sedar, uslub atau kaedah dakwah yang diajar oleh ayahanda kepada anak muda ini sebenarnya adalah uslub dakwah yang dipelajari daripada Pengasas Jemaah Dakwah Al Arqam yang diharamkan, Ustaz Ashaari Muhammad.
Kerana Ustaz Mohd Fadli Yusof, ayahanda kepada Muhammad Safwatullah adalah anak murid kepada Ustaz Ashaari Muhammad.
Ketika bersama dalam Jemaah Al Arqam dahulu Ustaz Mohd Fadli Yusof sering mengikuti Ustaz Ashaari Muhammad berdakwah di serata tempat. Dan sering pula diarah berdakwah sendirian terutamanya di Sabah dan selatan Filipina.
TEMPAT BELI; Pustaka Pertama, Kompleks Pertama, Jln T.A.Rahman, Kuala Lumpur.
HARGA BELI; Beli bersama 2 buku lain. Kesemuanya RM60. Bayar RM50 diskaun RM10
TARIKH BELI; Jumaat 1/7/2016
Isi buku ini adalah kisah dakwah.
Ditulis secara ringkas. Tidak meleret dan berjela panjang. Hanya sekadar mahu menyampaikan fakta dakwah yang padat.
Kisah dakwah sebegini pernah ditulis secara berkala oleh ayahanda anak muda ini di dalam majalah terbitan Al Arqam dahulu. Cuma tidak tahu kenapa kisah dakwah yang dilakukan sekarang ini tidak dibukukan.
Buku One Way Ticket ini diharap menjadi titik mula pengumpulan cerita usaha dakwah terutamanya cerita-cerita dakwah di pendalaman Sabah.
Beli buku ini kerana sudah pastinya hasil jualan buku ini akan digunakan untuk program dakwah.
buku begini ada kebenaran tak untuk dijual secara terbuka..
saya suka buku yang kontrolversi
Hero Borneo recently posted..Fokus Solat Sebaik Yang Mungkin
Buku ini dijual di kedai buku. Tiada yang pro dan kontra tentang buku ini. Ini buku kisah pengalaman dakwah di pendalaman Sabah.
buku kontroversi ke ni
Raihanah recently posted..Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium
Tidak! Ayahanda kepada anak muda ini, ada dua sekali dua dipanggil TV alHijrah untuk ceritakan pengalaman dakwah di pendalaman Sabah.
owh barulah saya tahu
Raihanah recently posted..Asid Ellagic Bantu Kurangkan Kesan Kemoterapi
nampak menarik buku ni.. nanti usha2 kaau ada kat popular.
apdm recently posted..Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM
boleh cari gak buku nih.
cuma sibuk sikit sekarang nak membeli buku.
titan recently posted..The pain of being IGNORED.
Menarik! Banyak benda boleh kita pelajari dari kisah dakwah seperti ini.
sabree hussin recently posted..Mudahnya Bisnes dengan BLOGSHOP
Buku ini ringkas sangat. Untuk bacaan santai. Mungkin penulis dapat tulis cerita misi dakwah yang lebih detail lagi.