Buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan

Buku kecil bertajuk Rahsia Bapa Viral Kebangsaan setebal 116 muka surat ini nukilan Tuan Khairul Hakimin Muhammad

Saya  belinya melalui online. Tempah awal sejak diuar-uarkan terbitnya oleh penulisnya sendiri.

Saya faham satu perkara usai membaca buku ini. Bagaimana mahu set akaun profil Facebook  dan menulis dengan betul. Supaya akaun boleh mendapatkan ramai follower dan setiap status yang ditulis menjadi viral.

Sebenar-benarnya ilmu berkisar penggunaan akaun facebook yang disajikan buku ini boleh dikutip sedikit-sedikit daripada status rakan-rakan Facebook dan mereka yang lain. Cumanya bila ditulis lengkap dalam sebuah buku, ia mudah dirujuk bila-bila masa.

Facebook yang dijadikan platform untuk bisnes, kerja kemasyarakatan, pertubuhan dan sebagainya atau hanya untuk bersosial akan lebih memberi impak positif bila status yang ditulis sentiasa dikongsi siar dan menjadi viral.

Akaun Facebook saya selama ini dirasakan tiada ‘hala tuju’. Hanya sekadar ‘ada’ sebagaimana orang lain ada akaun facebook.

Jadi saya mahu set dan menilai semula, apa-apa yang patut akaun facebook ini berpandukan buku RAHSIA BAPA VIRAL KEBANGSAAN ini (tanpa mengabaikan tip berfacebook mereka yang lain)

Sebenarnya, tidak perlu pun beritahu apa yang akan saya buat melalui status ini. Terus buat sahaja.Tetapi sekurang-kurangnya ada dua sebab untuk diberitahu.

Pertamanya supaya mereka yang kenal saya tidak hairan sangat dengan kelainan yang saya cuba buat.

Keduanya, untuk memberitahu buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan, tulisan Tuan Khairul Hakimin Muhammad bagus untuk dibuat rujukan bagi meningkatkan akaun Facebook, satu tingkat lagi daripada kebiasaan tujuan diguna sekarang ini.

Jadi apa yang saya patut buat? Bagaimana untuk saya set dan menilai semula akaun facebook saya?

…bersambung….

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge