Cara Saya Atasi Alergi

Saya bersyukur pada Allah kerana Dia mengizinkan saya boleh makan apa sahaja [halal] tanpa diserang alergi. Semua jenis makanan dari laut, dari sungai dan semua jenis makanan darat termasuk semua jenis sayur boleh saya makan tanpa terkena alahan.

Apa yang saya tolak hanya disebabkan saya tidak suka rasanya dan bentuknya bukan kerana pantang alergi atau alahan. Saya tidak makan daging arnab kerana ia mengingatkan saya pada kucing yang comel. Saya tolak belut walaupun dikatakan banyak khasiat kerana selalu teringatkan…binatang yang menjalar itu.

Akan tetapi, dahulu saya sebenarnya alergi bila makan udang sotong. Masa kecil saya tidak alahan bila makan udang sotong, mungkin kerana jumlah yang dimakan adalah sedikit. Bila saya besar dan duduk jauh dari ibu ayah dan saya makan udang sotong dengan agak banyak, saya terkena alergi.

Badan saya ditumbuhi ruam merah terutama di leher dan dahi. Gatal yang amat sangat. Merah amat menyala. Bila menggaru leher dan dahi kerana teramat gatal, akan terdengar bunyi ‘keretup’ bila ruam itu pecah. Bila ruam hilang, kulit akan normal seperti biasa. Syukur kerana ruam itu tidak merosakkan kulit walau kuat menggaru.

Kawan-kawan larang saya makan udang sotong kerana mereka ngeri melihat ruam merah di leher dan dahi saya. Mereka takut timbul masalah lain. Mereka minta saya jumpa doktor.

Bagaimanapun saya ambil tindakan sebaliknya. Pakar motivasi memberi saranan yang kita perlu melakukan perkara yang ditakuti untuk menakluk dan menghapuskan ketakutan itu. Maka saya makan lebih banyak udang sotong, tambah satu kali ganda menjadi dua ganda!

makan laut

Dan ruam merah dan gatal juga timbul satu kali ganda menjadi 2 ganda. Adakah saya berhenti? Tidak! saya makan 3 ganda. Tindakan berani yang gila! Ada 2 sebab saya buat tindakan gila ini;

1# Alahan ini tidak melibatkan pernapasan dan tenaga tubuh. Saya cuma ditimpa ruam dan gatal. Pernapasan saya elok dan saya tidak terbaring sakit. Hanya malu di tengah orang kerana muka merah beruam.

2# Saya yakin, bila saya makan lebih banyak, ‘racun alahan’ dalam tubuh akan habis keluar dan bukan semakin banyak. Saya percaya yang makanan tidak membawa alahan. Makanan hanya pencetus kepada ‘racun alahan’ yang sedia ada dalam tubuh kita. Udang sotong yang saya makan itu akan menolak keluar ‘racun alahan’ dalam badan saya bukan menambahnya. Itu kepercayaan saya. Sebab itu saya makan lebih banyak udang sotong bukan berhenti makan. Saya mahu menghapuskan alahan bukan menghentikan alahan.

Dan kepercayaan saya benar! 3 kali ganda udang sotong yang saya makan itu tidak membuatkan ruam gatal saya menjadi 3 ganda, tetapi kekal pada 2 ganda. Seterusnya saya makan 3 ganda lagi, ruam gatal saya turun kepada 1 ganda. Dan saya tidak lagi terkena ruam gatal pada 3 ganda udang sotong susulan yang saya makan.

Sekarang saya boleh makan sedikit atau banyak makanan laut kegemaran saya tanpa takut terkena alahan ruam gatal lagi. Teknik saya melawan alahan berjaya tanpa berjumpa doktor. Tanpa makan ubat.

p/s # Nota ini untuk bercerita sahaja, bukan untuk ditiru. Bila anda ada alahan, sila berjumpa doktor. Minta nasihat doktor, jangan ikut cara saya. Saya tidak mahu bertanggungjawab atas bencana yang terjadi bila anda tiru teknik saya ini. Ini cara saya, belum tentu sesuai untuk anda. Sekali lagi…NOTA INI HANYA UNTUK BERCERITA BUKAN UNTUK DITIRU.

7 thoughts on “Cara Saya Atasi Alergi

  1. Tuan, masalah alahan atau alergi ini biasanya disebabkan oleh tindak balas imunisasi tubuh sendiri. Mungkin apabila tuan makan pada kadar lebih banyak, akhirnya imunisasi tubuh tuan mulai kenal protein yang menyebabkan alahan itu.

    Sedikit sebanyak yang saya tahu daripada ilm biologi yang saya pelajari. Wallahua’lam
    muhammad fakhruddin recently posted..Pak Ketipak KetipungMy Profile

  2. Assalamu’alaikum Tuan.

    Saya juga menghadapi alahan terhadap ayam dan juga makanan laut. Kesannya saya akan mengalami gatal-gatal di kaki dan beberapa bahagian badan.

    Menarik juga cara Tuan ini. Namun tidak berani saya mencubanya. :-)

    Saya mendoakan kita sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera dan tabah menghadapi jika diuji dengan sakit. Ameen. ;-)
    Hadi Rofiee recently posted..Mengapa Yahudi Bijak?My Profile

  3. Den dah cubo banyak sekilo udang, buek masak goreng…..sodap den goma. Lopeh tu badan den paneh meruam….masuk sepita seminggu kolestrol naik domam…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge