Cara Saya Minum Madu.

Khasiat madu tidak perlu dipertikaikan lagi. Kajian manusia membuktikan firman tuhan bukan omong kosong.

Betapa Allah memberitahu kita melalui alQuran dalam surah anNahl:69, tentang madu yang menjadi penawar kepada penyakit, patutnya sudah cukup menguatkan hati kita untuk selalu minum madu. Tidak perlu lagi kajian-kajian manusia untuk meyakinkan kita.

Di sini saya tidak mahu nukilkan tentang khasiat-khasiat madu. Di sini saya mahu catakan cara saya minum atau amalkan madu.

Ramai antara kita tidak sedar bahawa kita tidak boleh minum madu sesuka cara kita sahaja, lebih-lebih lagi bila kita mengamalkan madu untuk sesuatu sebab. Seperti untuk penyembuhan penyakit.

Seperti juga ubat klinikal yang perlukan jumlah tertentu, masa tertentu dan sebagainya. Begitu juga madu, ada caranya supaya madu memberi kesan yang maksimum kepada kesihatan kita. Bukan sekadar menjadi minuman biasa sahaja.

Tidak kisahlah cara apa yang anda amalkan, asalkan ia berkesan dan inilah cara saya amalkan madu.

Pertama# Gunakan madu asli. Bukan madu yang dicampur dengan gula Melaka. Lebih-lebih lagi bukan 100% gula Melaka yang didakwa madu! Tidak kisah madu lebah liar atau madu lebah ternak, asalkan asli.

Madu Asli Aybamall

Anda boleh dapatkan madu asli secara online dengan mengklik link di bawah,

DAPATKAN MADU ASLI DI SINI!

Kedua# Dalam pengetahuan saya, Nabi Muhammad saw, tidak pernah mengambil madu secara terus. Nabi Muhammad saw membancuhnya dengan air! Mungkin ada antara anda yang berilmu tinggi yang boleh menyanggah pengetahuan saya ini.

Lagi pula saya memang tidak boleh telan madu yang manis begitu sahaja. Jadi saya bancuh dengan air.

Bagaimana pun, satu cara untuk menghilangkan batuk atau memecahkan kahak ialah dengan meminum sesudu madu tanpa dibancuh. Ikut apa yang disarankan.

Cara bancuh madu dengan air hanya campur satu  sudu besar madu dengan segelas air. Air biasa atau air suam. Mahu manis guna dua sudu madu.

Ketiga# Saya minum madu ketika perut kosong. Bukanlah ketika lapar. Maksudnya sejam atau dua jam sebelum atau selepas makan. Kalau waktu pagi, sekira-kira waktu dhuha. Kalau petang, sekira-kira waktu asar.

Bagaimana pun menurut ahli perubatan, untuk mengurangkan kolesterol daripada makanan yang kita makan, kita perlu minum madu selepas makan. Pilihan di tangan kita mahu amalkan cara yang mana.

Keempat# Saya tidak mengacau madu dalam air begitu sahaja. Ketika mengacau, baca keseluruhan ayat 69 daripada surah anNahl. Baca ketika mula mengacau. Habis baca, habislah kacau. Tiada siapa yang mengajar, in rasa hati sendiri untuk amalkannya.

Itulah cara saya. Anda boleh kongsikan cara anda amalkan madu di ruang komen.

Selain itu madu ada cara penjagaan yang tersendiri untuk memastikan madu tidak hilang khasiatnya.

Antara 2 cara penjagaan madu yang saya tahu ialah; (anda boleh kongsikan cara penjagaan madu yang anda ketahui di ruang komen)

1# Sentiasa gunakan sudu plastik bila berurusan dengan madu.

2# Simpan dalam suhu bilik. Bukan dalam peti sejuk. Bagaimana pun satu cara untuk memastikan madu itu asli adalah dengan menyimpan dalam petik sejuk. Ambil sedikit madu dan simpan dalam peti sejuk. Madu yang bercampur air akan beku. Madu yang bercampur gula akan berketul. Madu asli kekal begitu.

Tetapi madu akan hilang khasiat bila disimpan dalam peti sejuk. Jadi simpan sedikit untuk ujian sahaja. Jangan simpan semuanya.

Penjual madu selalunya akan melarang anda menyimpan madu dalam peti sejuk. Penjual yang jujur melarang kerana takut madu hilang khasiat. Penjual tidak jujur melarang kerana takut tembelangnya terbongkar.

Sekiranya anda baharu mahu mula amalkan madu, cuba sedikit-sedikit dahulu. Lain orang lain kesannya. Ada yang kepanasan badan dan berpeluh-peluh bila minum madu. Ada yang biasa sahaja.

Mungkin anda patut mulakan seminggu sekali dulu. Atau selang sehari. Dan sebaik-baiknya biarlah sedikit asalkan konsisten. Bancuh sesudu teh dengan segelas air sudah cukup asalkan diamalkan setiap hari. Itu pun sudah memberi impak yang besar terhadap kesihatan kita.

Share

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge