Cerita Tahun Baru Dan Bagaimana Dunia Menyambutnya

Tahun baru selalunya akan disambut dan diraikan secara besar-besaran dengan pelbagai cara. Kecuali jika ada isu-isu besar, barulah keraian tahun baru ditiadakan atau dibatalkan.

Seperti larangan berkumpul kerana penularan Covid-19, maka sambutan tahun baru dibatalkan.

Ucapan Selamat Tahun baru lazimnya disebarkan bermula 31hb Dis. tahun sebelumnya lagi dan 1hb Jan. tahun selepasnya. Kadang-kadang berlarutan sampai dua tiga hari selepas itu.

Apa yang kita tahu tentang sambutan tahun baru Masihi?

Apa yang diketahui (entah pengetahuan ini benar atau tidak) acara tahun baru disambut 15hb Mac pada zaman Rom purba. Kemudian ditukar ke 1hb Januari 153 sebelum Masehi.

Jika sejarah ini betul, maka jelaslah sambutan tahun baru sebenarnya berdasarkan semangat Bangsa Rom (bangsa barat).

Bagi Gereja Ortodoks Timur, tahun baru ialah hari suci yang disambut dengan jamuan keagamaan pada 1hb Jan. Tapi sejak 1900an, ia disambut malam 31hb Dis. Sama seperti kebanyakkan orang menyambutnya.

Barat menjadikan penghujung dan awal tahun sebagai hari ‘muhasabah’ untuk meninjau apa yang berlaku sepanjang tahun sebelumnya. Dan ia dimulai 26hb Disember, sehari selepas Krismas dengan menerbitkan 6 siri rencana akhir tahun di akhbar dan media utama. Rencana yang memaparkan isu dan kejadian dalam setahun sebelum tahun baru.

Akhbar kita juga menerbitkan rencana isu-isu yang berlaku dalam setahun. Isu politik, bencana alam yang berlaku, siapa kenamaan yang meninggal dan sebagainya.

Rencana tahun baru juga diterbitkan. Kemungkinan apa yang bakal berlaku dan apa yang kita inginkan pada tahun hadapan.

Namun dengan ledakan Internet dan banyak pula akhbar-akhbar yang menghentikan operasi pengeluaran (tidak lagi diterbitkan), tradisi ini boleh dikatakan telah terkubur!

Tidak salah untuk mengimbau kenangan tahun lalu. Juga meramal dan berharap sesuatu yang baik-baik untuk tahun hadapan. Lebih bagus jika ada perancangan tersusun untuk sepanjang tahun hadapan.

Apa yang salah ialah kita juga meniru amalan berfoya-foya, bersukaria keterlaluan dan amalan batil untuk menyambut tahun baru.

Sebenarnya Islam memberi panduan yang lebih sempurna berbanding panduan barat dalam hal muhasabah dan azam.

Islam mengajar kita agar bermuhasabah dengan selalu merenung kelakuan buruk kita yang lalu dan berazam  memperbaiki diri pada masa depan untuk tidak melakukan keburukan itu lagi.

Dan Islam juga mengajar kita bahawa muhasabah dan azam bukanlah dibuat setahun sekali, akan tetapi pada setiap hari! Seperti yang disabda Nabi SAW yang bermaksud, “Mereka yang hari ini lebih baik dari kelmarin, sesungguhnya dia beruntung. Mereka yang hari ini sama seperti kelmarin, sesungguhnya dia rugi. Dan mereka yang hari ini lebih buruk dari hari kelmarin, sesungguhnya dia terlaknat.” -(ad Dailami)

Bagaimana cara kita mahu bermuhasabah dan berazam untuk tahun baru adalah pilihan sendiri asalkan tidak bercanggan dengan norma timur dan syariat.

Dan Islam ada memberikan panduan.

===

Mungkin ini yang anda perlukan:

Klik >>> Apa kata bermula tahun baru ini, kita berniaga di Shopee? Sesiapa sahaja kini boleh berniaga di Shopee walau tiada produk di tangan. Tambah sumber pendapatan sedia ada dengan berniaga di Shopee secara sambilan sahaja.

 

2 comments

Leave a Reply to Shubhi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge