Cipta Masa Depan Kita Sendiri

Masa depan kita ditentukan oleh kita sendiri. Untung nasib dan takdir hidup kita bergantung pada setiap usaha kita. Setiap pilihan dan keputusan yang kita buat pada setiap saat, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun memberi pengaruh yang besar kepada masa depan kita. Gagal atau Berjaya!

Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah diri kita dan kehidupan seharian kita melainkan diri kita sendiri. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita disebabkan oleh kita sendiri.

Cara terbaik menjangka masa depan adalah dengan menciptanya; Peter Drucker.

Apa juga yang kita inginkan. Hidup gembira, sihat, menjadi terkenal, berjaya dalam setiap apa yang dibuat dan sebagainya yang ingin kita kecapi adalah dengan menciptanya sendiri.

Manusia boleh dibahagikan kepada 2 golongan;-
1- Aktif.
2- Pasif.

Mereka yang aktif adalah;-
1. Bilangannya sedikit, hanya sekitar 10%. Kumpulan minoriti.
2. Walau sedikit, mereka yang menjadi tonggak, penggerak dan pemaju dalam setiap bidang.
3. Memiliki daya usaha sendiri bagi menjayakan sesuatu.
4. Menerima tangungjawab atas setiap perbuatan mereka.
5. Berani mengorak langkah ke hadapan walau berdepan risiko dan ketidakpastian.

Bila kita membuat keputusan bagi mencipta masa depan sendiri, kita termasuk dalam kelompok minoriti ini.

90% lagi adalah manusia pasif;-
1. Mereka hanya berharap sesuatu yang baik akan berlaku kepada kehidupan mereka. Mereka berharap buah akan jatuh sendiri dari pokok tanpa mahu berusaha mengaitnya.
2. Mereka asyik bersungut bila sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku kepada kehidupan mereka.
3. Malah yang tidak ada kaitan dengan hidup mereka pun akan disungutkan.
4. Mereka iri hati dengan kejayaan orang lain tanpa mahu berusaha untuk meraih kejayaan untuk diri sendiri.
5. Mereka sukakan sesuatu yang segera, cabutan bertuah, skim cepat kaya dan sebagainya.

Kejayaan tidak dapat dicapai hanya dengan mengharap! Hidup kita amat bernilai untuk dibiarkan begitu sahaja. Dihabiskan hanya untuk mengharap.

Kejayaan hanya dapat dicapai bila kita melakukan 2 perkara ini;-

1# Tentukan hala tuju dan matlamat hidup. Kemudian lakukan perkara-perkara yang bermanfaat dalam kehidupan kita yang ada kaitan dengan hala tuju dan matlamat yang telah kita tetapkan itu.

2# Cari dan belajar cara atau kaedah-kaedah yang praktikal dan terbukti berkesan untuk mencapai cita-cita atau matlamat hidup dengan lebih cepat dari jangkaan. Cara atau kaedah ini adalah sama apa yang digunakan oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Sesetengah orang berpendapat, yang utama bukanlah apa kejayaan yang kita dapat. Sebetulnya adalah, berapa pantas kita boleh mendapatkannya.

Hidup ini adalah kembara bagi membongkar dan menerokai potensi diri yang luas tanpa sempadan. Gunakan potensi diri ini bagi mencipta masa depan diri kita sendiri.

“Sekiranya kita berusaha dengan sedaya upaya, kita pasti akan kagum dengan diri sendiri,” – Thomas Edison

Tip Kejayaan

P/S – Nota ini saya ringkaskan dan mengolah semula daripada Bab Pengenalan buku Create Your Own Future, tulisan  Brian Tracy, terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Share

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge