Hanya Orang Bodoh Yang Tersenyum

Bila seseorang itu tidak suka dengan senyuman, kita pasti anggap ‘otak’ orang itu tidak berapa betul.

Kita anggap begitu kerana, tersenyum telah dianggap perilaku universal yang menyenangkan. Orang yang tersenyum sering disukai, dianggap peramah dan tidak sombong.

Bila Nabi Muhammad (selawat atasnya) bersabda bahawa senyuman itu sedekah,  sudah tentulah individu yang tidak sukakan senyuman itu dianggap pelik.

Tapi korang tahu atau tidak, ada yang menganggap senyuman itu kelakuan orang yang bodoh!

Bukan seorang dua yang beranggapan begitu, tapi penduduk satu negara. Negara Rusia.

Siapa yang pernah tengok gambar Presiden Rusia, Vladimir Putin tersenyum?

Yang pernah tengok, dia memang bertuah. Bukan hanya Presiden, hampir kesemua rakyat Rusia memang mahal dengan senyuman.

Orang Rusia mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan senyuman berbanding penduduk dunia yang lain.

Gambar Google

Di bawah adalah sebahagian perbezaan tersebut:

# Bermuka kelat tanpa sepalit senyuman di bibir orang Rusia sudah wujud sekian lama. Ia sudah menjadi budaya hidup.

# Sengaja senyum tanpa sebab dianggap perbuatan bodoh! Bukannya bersikap ramah.

# Orang Rusia tidak balas senyuman orang lain terutama orang asing kecuali ahli keluarga dan mereka yang dikenali dan disukai sahaja.

# Kalau orang Rusia senyum… ada caranya. Ada standard senyum. Tidak boleh berlebih senyum, cukup dengan menarik bibir sedikit tanpa menampakkan gusi atau gigi.

# Orang Rusia anggap senyum yang nampak gigi seperti kebanyakkan kita senyum dianggap perbuatan orang kasar dan perbuatan tidak menyenangkan. Dianggap tidak beradab.

# Antara sebab kita senyum kerana tanda hormat pada seseorang tetapi senyuman menghormati seseorang tidak wujud bagi orang Rusia.

# Tidak boleh senyum ketika menjalankan tugas. Senyum ketika bertugas dianggap tidak serius dan bermain-main dalam bekerja.

# Murid-murid juga tidak oleh senyum ketika belajar, termasuklah guru-guru yang mengajar. Mesti serius ketika mengajar dan menuntut ilmu.

# Senyuman dianggap sesuatu yang istimewa, jadi senyuman tidak akan ‘diberi’ begitu sahaja. Mesti ada sesuatu yang ‘istimewa’ dan ‘berharga’ untuk tersenyum.

# Senyuman hanya dilakukan dengan ikhlas, tidak dibuat-buat semata-mata untuk mengelak diri dicop sombong dan sebagainya.

# Mereka senyum hanya bila betul-betul gembira dan khusus buat orang yang mereka suka sahaja.

Perbezaan budaya dan persepsi tentang senyuman menjadikan penduduk Rusia kurang senyum berbanding penduduk negara dunia yang lain.

Sikit atau banyak senyum tidak penting.

Yang penting senyum harus diekspresikan dengan tulus ikhlas.

Benarkah fakta ini atau auta semata-mata?

Ada rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Rusia. Mungkin mereka ini dapat membenarkan atau menafikan fakta ini.

Share

3 thoughts on “Hanya Orang Bodoh Yang Tersenyum

  1. Cuba buat ini: Lihat tepat ke mata orang yang tak dikenali itu, dan berikan mereka senyuman yang ikhlas.

    In most cases, kita akan dibalas kembali dengan senyuman.

    Lebih banyak kita tersenyum, lebih banyak senyuman yang kita akan dapat kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge