Harta Peninggalan Si Penyelongkar Sampah Menjadi Rebutan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca ahmadyani.com

Cerita yang ingin saya ceritakan ini sangat menarik. Cerita yang boleh memberi inspirasi kepada kita. Cerita si penyelongkar sampah yang hartanya menjadi rebutan setelah dia mati.

Ini ceritanya…

Pada setiap pagi, Curt Degerman dari Skelleftea, Sweden suka menyelongkar tong sampah di sekitar kaki lima dan lorong belakang bangunan. Dia mencari tin, botol, kotak kertas dan apa-apa barang terpakai yang boleh dikitar semula. Dia kutip dan jual di Pusat Kitar Semula.

Bukan itu sahaja, dia juga mengutip sisa-sisa makanan yang masih elok. Untuk apa? Apa lagi kalau bukan untuk dia makan.

Dia dipandang sebagai pengotor yang jijik. Jiran-jiran memandang rendah padanya. Ahli keluarganya juga memandang rendah dan jijik pada lelaki ini.

Namun bila dia mati pada usia 60 tahun pada 2008, ahli keluarganya berebut mahukan hartanya. Mereka bertekak sesama sendiri bahawa mereka lebih layak mendapatkan harta lelaki itu berbanding yang lain.

Apa harta peninggalan si pengutip sampah ini? Apa harta harta peninggalan si penyelongkar tong sampah yang asyik dipandang rendah dan jijik ini ada?

Memang mengejutkan bila si penyelongkar dan pengutip sampah ini memiliki harta banyak seperti berikut;

# Wang tunai dalam bank sebanyak RM3.58 juta

# Jongkong emas bernilai RM1.2 juta

# Wang tunai dalam tangan bernilai RM4,428

Dan beberapa nilai saham yang menjadikan keseluruhan hartanya bernilai RM5.21 juta

Selepas dia mati baharulah orang tahu tabiat hidupnya. Curt Degerman suka berkunjung ke perpustakaan awam. Dan ini apa yang dibuatnya di perpustakaan tersebut;

# Dia suka membaca buku berkaitan kewangan terutamanya tentang pelaburan saham.
# Dia membaca akhbar untuk meneliti berita-berita kewangan semasa.
# Dia membaca akhbar kewangan tempatan iaitu Dagens Industry untuk tahu kedudukan terkini pasaran saham dunia.

Dari ilmu yang diketahuinya, dia melaburkan duit hasil jualan tin, botol, kotak dan barang-barang lain yang boleh dikitar semula dalam pasaran saham. Hasilnya, dia memiliki kekayaan yang  menjadi rebutan setelah kematiannya.

Sampai akhir hayatnya, Curt Degerman masih menyelongkar tong sampah. Hartanya diwarisi oleh 2 sepupunya hasil keputusan mahkamah.

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini?

Nota # Saya tidak mahu mencatat pengajaran yang boleh kita dapati dari kisah ini. Anda pembaca yang bijak, pasti dapat menyenaraikan pengajaran yang boleh dipelajari.

Share

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge