Penjenayah rasuah kini semakin licik dan berpengetahuan tinggi dalam mengatasi kelemahan undang-undang.
Usaha memerangi rasuah walaupun semakin mencabar kerana kes yang kompleks ditambah dengan era dunia tanpa sempadan serta perkembangan pesat teknologi maklumat, tetap perlu diteruskan. Usaha ini perlukan pengetahuan dan kemahiran penyiasatan serta tindakan pencegahan yang tinggi selain memerlukan sumber-sumber bantuan yang kukuh.
fokus memerangi rasuah perlu diberi kepada;-
- Bertindak lebih berani tanpa gentar kepada sesiapa.
- Langkah hukuman yang lebih tegas.
- Tidak pilih kasih dalam pendakwaan. Kerana Islam tidak memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa yang melakukan kesalahan.
- Usaha-usaha pencegahan yang berterusan dan lebih kreatif.
Akibatnya amat buruk bila rasuah berleluasa dalam masyarakat;-
- Khazanah Negara tidak diagihkan dengan saksama malah disalah guna.
- Pembangunan tidak seimbang dan tidak berkembang sewajarnya.
- Alam sekitar akan semakin tercemar.
- Kemiskinan akan meningkat dan merebak kerana harta Negara berada pada tangan orang yang tidak sepatutnya.
- Perkembangan ekonomi akan terbantut.
- Pelabur asing akan hilang minat untuk melabur.
- Kos urus niaga dan pentadbiran akan meningkat.
- Rakyat tidak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya mereka dapat.
- Keadaan politik Negara menjadi tidak stabil
Akibat buruk bila tidak ada kesungguhan untuk membenteras rasuah;-
- Rasuah akan tumbuh membesar. Kukuh hingga sukar untuk menumbangkanya.
- Rasuah akan diterima sebagai norma kebiasaan dan menjadi budaya hidup.
Segala usaha perlu dibuat bagi memerangi rasuah;-
- Undang-undang baru perlu digubal.
- Undang-undang sedia ada perlu ditambah baik.
- Pelbagai agensi yang berkaitan harus ditubuhkan.
- Rakyat perlu diberi faham dengan pelbagai cara untuk memberi kefahaman akan keburukan rasuah.
Akan tetapi setiap undang-undang dan setiap rangka kerja hanya menjadi kertas buruk jika ia hanya didokumenkan dan tidak dikuatkuasakan.
Sumber Nota # Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sempenan Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR/SPRM) ke-47. Nota ditulis dan diolah semula daripada berita akhbar BH-Berita Harian.
bab rasuah nih..memang susah sikit nak cakap.
sana–sini rasuah aje..
titan recently posted..Camana Alexa Rank Bro Chantek je ye? Ajar sikit. Boleh tak awak?
Rasuah yang sudah menjadi barah, sukar untuk diubati…
aduh! hanya mereka yang tamak dan tiada etika dalam hidup suka melakukan rasuah..
Hero Borneo recently posted..7 Jenis Mimpi Yang Mesti Diketahui
kerana tiada iman…..
proses pemantapan iman perlu dilakukan ke atas diri mereka
Hero Borneo recently posted..Salam Aidiladha 1435H Dari Hero Borneo
Rasuah ni adalah silent killer untuk sesebuah negara. Pada tahap kritikal, negara akan musnah jika tak ditangani dengan betul..
Raudzah recently posted..Doa Hari Arafah
Negara kaya pun boleh jatuh miskin…
Ada teguran supaya ia diambil tahu oleh pemerintah.
Sekecil-kecil kes pun patut disiasat….yang besar apatah lagi…kerajaan tidak boleh buat pendakwaan terpilih…
sangatlah suka apabila orang-orang rasuah ni kena tangkap!
siti hazreen recently posted..Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014
Lepas ditangkap kena lepas kerana tidak cukup bukti….itu yang bengang tu…
rasuah perlu dibanteras sehebatnya
zool recently posted..Apa yang kita perlu tahu ketika proses pindah milik tanah ?
Berterusan bukan bermusim…
Sukar nak dibendung, kalau undang2 dikuatkuasapun yang jadi mangsa cuma ikan2 kecil bagi menutup kesalahan yg besar2…
Penguatkuasa perlu betul-betul berani…
Sukar nak dibendung masalah rasuah ni. Lagi2 bila libatkan orang2 besar dan kenamaan
Hilmi Hasan recently posted..Apakah kadar penurunan berat dan tips diet yang betul untuk kuruskan badan?
rezeki baik akan ada hasil menenangkan jika tidak sebaliknya akan berlaku
suri recently posted..CPUV Campaigns Nuffnang 22/2014_Lets Transact With RHB Now
kerana rasuah…negara kaya pun leh jatuh miskin..memang bahaya kalau tak dibendung
puteri kasih recently posted..Apa Kes CPUV Berderet?
Rasuah bermula dengan teruknya pada zaman Tun Mahathir…kalau nak tau lebih lanjut cari buku beliau bertajuk ” Malay in Dillema”…
JAWATAN KOSONG TERBARU recently posted..IKLAN KERJA KOSONG UITM