Hindari Serangan Pembunuh Senyap

Serangan jantung dianggap pembunuh senyap.

Dahulunya ia hanya menyerang golongan berusia. Sekarang mereka yang masih muda juga tidak terlepas daripada serangan jantung ini.

Serangan jantung pada usia muda bergantung kepada beberapa factor risiko dan perkara itu amat ketara di negara membangun, contohnya di Malaysia.

Masalah kegemukan, penyakit kencing manis dan darah tinggi yang diburukkan dengan amalan merokok dan tabiat masa kini yang malas bersenam, makanan yang tidak berkhasiat dan tidak seimbang, makan tidak ikut masa termasuk amalan makan tengah malam adalah faktor-faktor risiko yang mempercepatkan serangan jantung.

Perubahan gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak sihat sudah menjadi trend zaman sekarang.

Dahulunya, mereka yang mengalami serangan jantung hanya pada usia 50 tahun ke atas, tetapi kini seusia 30 tahun sudah terkena serangan jantung. Malah apa yang menakutkan, terdapat kes pada usia kanak-kanak sudah terkena serangan jantung.

Data terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser membunuh 38 juta penduduk dunia setiap tahun.

Tentunya kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada statistic ini. Kita perlu mengubah gaya hidup yang lebih baik dan amalkan pemakanan yang sihat.

Kepada mereka yang merokok, usahalah untuk mengurangkannya. Lebih baik jika terus berhenti merokok.

Bersenam atau beriadah mulai hari ini. Luangkan masa 30 minit melakukan senaman atau kerja-kerja fizikal yang mengeluarkan peluh.

Jaga pemakanan.  Kurangkan makanan yang banyak mengandungi kolesterol. Makan ikut jadual dan hindari tabiat makan lewat malam.

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ambil ujian elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur atau memeriksa degupan jantung dan saluran darah. Untuk 40 tahun ke atas, lakukan 2 kali setahun sementara 40 tahun ke bawah, 1 kali setahun.

Kita mampu lakukan perubahan untuk hidup yang lebih sihat dan bermakna.

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge