Hobi Saya Yang Mungkin Berguna Untuk Anda

Saya ada satu hobi berkaitan buku yang mungkin memberi manfaat atau berguna kepada anda.

Saya suka membaca tapi bukan membaca yang saya maksudkan. Saya juga suka mengumpul buku tapi bukan juga mengumpul buku yang saya maksudkan.

Saya maksudkan hobi meringkaskan buku. Dan meringkaskan rencana majalah yang panjang.

Ringkaskan menjadi sedikit pendek dengan cara;

1# Membuang syarah dan ulasan yang tidak perlu sangat.

2# Mengantikan contoh-contoh yang tidak perlu dan tidak sesuai lagi dengan situasi semasa.

3# Meletak bullet untuk memudahkan kefahaman berbading satu rangkap ayat yang panjang.

4# Dan lain-lain yang perlu. Kalau perlu masukkan syarah dan contoh baru.

Di bawah ini adalah satu contoh ringkasan yang saya buat.

Ringkasan ini daripada Bab Pengenalan buku Create Your Own Future, tulisan  Brian Tracy, terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

===

Cipta Masa Depan Kita Sendiri

Masa depan kita ditentukan oleh kita sendiri. Untung nasib dan takdir hidup kita bergantung pada setiap usaha kita. Setiap pilihan dan keputusan yang kita buat pada setiap saat, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun memberi pengaruh yang besar kepada masa depan kita.

Gagal atau Berjaya!

Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah diri kita dan kehidupan seharian kita melainkan diri kita sendiri. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita disebabkan oleh kita sendiri.

Cara terbaik menjangka masa depan adalah dengan menciptanya; Peter Drucker.

Apa juga yang kita inginkan. Hidup gembira, sihat, menjadi terkenal, berjaya dalam setiap apa yang dibuat dan sebagainya yang ingin kita kecapi adalah dengan menciptanya sendiri.

Manusia boleh dibahagikan kepada 2 golongan;

1# Aktif.

2# Pasif.

Mereka yang aktif adalah;

1# Bilangannya sedikit, hanya sekitar 10%. Kumpulan minoriti.

2# Walau sedikit, mereka yang menjadi tonggak, penggerak dan pemaju dalam setiap bidang.

3# Memiliki daya usaha sendiri bagi menjayakan sesuatu.

4# Menerima tangungjawab atas setiap perbuatan mereka.

5# Berani mengorak langkah ke hadapan walau berdepan risiko dan ketidakpastian.

Bila kita membuat keputusan bagi mencipta masa depan sendiri, kita termasuk dalam kelompok aktif yang minoriti ini.

90% lagi adalah manusia pasif;-

1# Mereka hanya berharap sesuatu yang baik akan berlaku kepada kehidupan mereka. Mereka berharap buah akan jatuh sendiri dari pokok tanpa mahu berusaha mengaitnya.

2# Mereka asyik bersungut bila sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku kepada kehidupan mereka.

3# Malah yang tidak ada kaitan dengan hidup mereka pun akan disungutkan.

4# Mereka iri hati dengan kejayaan orang lain tanpa mahu berusaha untuk meraih kejayaan untuk diri sendiri.

5# Mereka sukakan sesuatu yang segera, cabutan bertuah, skim cepat kaya dan sebagainya.

Kejayaan tidak dapat dicapai hanya dengan mengharap! Hidup kita amat bernilai untuk dibiarkan begitu sahaja. Dihabiskan hanya untuk mengharap.

Kejayaan hanya dapat dicapai bila kita melakukan 2 perkara ini;-

1# Tentukan hala tuju dan matlamat hidup. Kemudian lakukan perkara-perkara yang bermanfaat dalam kehidupan kita yang ada kaitan dengan hala tuju dan matlamat yang telah kita tetapkan itu.

2# Cari dan belajar cara atau kaedah-kaedah yang praktikal dan terbukti berkesan untuk mencapai cita-cita atau matlamat hidup dengan lebih cepat dari jangkaan. Cara atau kaedah ini adalah sama apa yang digunakan oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Sesetengah orang berpendapat, yang utama bukanlah apa kejayaan yang kita dapat. Sebetulnya adalah, berapa pantas kita boleh mendapatkannya.

Hidup ini adalah kembara bagi membongkar dan menerokai potensi diri yang luas tanpa sempadan. Gunakan potensi diri ini bagi mencipta masa depan diri kita sendiri.

“Sekiranya kita berusaha dengan sedaya upaya, kita pasti akan kagum dengan diri sendiri,” – Thomas Edison

===

Sebelum ini saya ada beritahu mahu letakkan ringkasan ini sebagai post blog. Saya mahu buat pembetulan sedikit. Ringkasan ini saya mahu bagi melalui emel. Jadi kenalah daftar nama dan emel dahulu.

Untuk pertama kalinya, saya akan berikan ringkasan satu buku, seterusnya ringkasan satu bab dan seterusnya bab yang lain (buku yang lain pula). Ringkasan rencana saya akan letakkan sebagai post blog.

Ringkasan ini diolah dan diubah suai untuk mengelakkan isu hakcipta tetapi tidak lari dari maksud isi buku.

Miliki ringkasan ini melalui page PERCUMA  di blog ini. Atau KLIK DI SINI.

Share

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge