Tahniah. Dan sekali lagi tahniah bila anda dapat panggilan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam – SPA, bagi menghadiri temuduga kerja kerajaan.
Anda patut banyak bersyukur kerana, ketika ada sebahagian individu yang masih tercari-cari kerja, ada yang dibuang kerja… anda pula dipanggil temuduga.
Pihak Infokerja, banyak menerima pertanyaan… cara-cara atau tip untuk sukses temuduga.
Infokerja sememangnya dikenali sebagai penerbit online panduan-panduan temuduga kerja kerajaan dan swasta.
Jawapan yang diberi kepada yang bertanya sama sahaja sejak Infokerja wujud! Dan jawapan ini telah membantu ramai calon berjaya dalam temuduga mereka.
Tim Infokerja memberikan 6 point (perkara) penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap calon yang dipanggil temuduga kerajaan.
Point PERTAMA:
Paling penting untuk tahu jawatan apa yang ditawarkan. Dan juga tahu skop tugas jawatan itu. Selain itu perlu juga ambil tahu apa isu-isu semasa yang berkaitan jawatan tersebut.
Point KEDUA:
Paling kedua penting untuk tahu jawatan tersebut berada di bawah jabatan atau agensi mana. Setiap kementerian ada jabatan atau agensi. Jawatan bawah jabatan/agensi ini yang paling banyak ditawarkan.
Selain tahu skop tugas jawatan, perlu juga study dengan mendalam apa fungsi jabatan atau agensi terbabit.
Point KETIGA:
Setelah selesai point satu dan kedua, kaji atau kenali setiap individu dalam kementerian yang menaungi agensi/jabatan. Terutama 3 teratas, menteri, timbalan dan KSU dan mereka dalam kementerian yang terlibat dengan agensi/jabatan.
Kemudian kenali semua pihak tertinggi di dalam agensi/jabatan: Ketua Pengarah, pengarah unit, pengarah negeri dan sebagainya yang perlu.
Point KEEMPAT:
Ambil tahu inisiatif-inisiatif berkaitan (KEDUA). Semua inisiatif bermula dari kementerian dan agensi. Studi perlaksanaan dan keberkesanan inisiatif tersebut..
Point KELIMA
Dalami isu-isu semasa berkaitan kerajaan. Maklumat umum kerajaan. Nama-nama kabinet dan menteri termasuk bidang tugas. Akta-akta baru. Dasar-dasar negara dan sebagainya.
Point KEENAM
Dapatkan tip dan cara untuk sukses temuduga kerajaan. Tanya rakan-rakan yang sudah bekerja, yang sudah ada pengalaman temuduga.
= = =
Biasanya, bila ditanya tentang tip temuduga, hanya point KELIMA dan KEENAM sahaja yang disarankan. Tertinggal tip PERTAMA, KEDUA, KETIGA dan KEEMPAT. Sedangkan 6 point ini sama penting.
Buat kesemua 6 point ini, InShaAllah anda akan sukses.
= = =
Jika perlukan rujukan yang lebih lengkap sebagai persediaan untuk lebih teratur dan pantas menghadapi temuduga kerja kerajaan, ini rujukannya:
Rujukan ini telah membantu ribuan calon temuduga sejak tahun 2009 lagi.
Entah-entah penemuduga anda nanti pun, kemungkinan bekas calon yang guna rujukan ini 10 tahun lalu.
Kongsikan artikel ini kepada rakan anda yang dipanggil temuduga.
Salam sukses!
bagus perkongsian tips ini
terima kasih atas bantuan
Hans recently posted..Pengalaman Bekerja Sebagai Penulis Skrip – Part 2
Di antara artikel yang banyak carian di Google ialah temuduga kerja.
Ikhwan recently posted..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Wah! Harap artikel ni…muncul dalam carian google.
Jika pernah bekerja dan mempunyai pengalaman yang mengenai dengan pekerjaan yang anda mohon utk post kerajaan tu, maka peluang utk dapatkan kerja tu akan meningkat juga.
Ya, yang penting kerja itu adalah kerja yang anda minat. Jika tidak, susah nak kerja lama.
Kalau kerja swasta..boleh lah kot, pilih kerja yang kita suka. Kerja kerajaan ni..susahlah sikit nak pilih kerja yang kita suka.
semua point kat atas tu penting. kadang2 diorang akan tanya soalan yg tak disangka sangka
nikkhazami recently posted..Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria
Kena ambil tahu serba serbi berkaitan kerajaan. Bukan setakat agensi atau jabatan je…
Saya sudah beberapa kali apply untuk position dalam gov sampai sekarang tiada pangilan. Sudah malas nak apply lagi masuk kerajaan
semakkini recently posted..Pos Laju Tracking: Semakan Status Parcel Secara Online
Rezeki di tempat lain lah tu…
kira beruntung kalau sudah berkhidmat sebagai penjawat awam..
orang dulu-duiu kata..kerja terjamin.
orang yang bisnes ada percaturannya…seperti sabut.
apa-apapun jika sudah diapnggil temuduga buat sungguh-sungguh dan terbaik
mrhanafi recently posted..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
Memang pun…bab ‘terjamin’ itulah sebab utama ramai mahu kerja kerajaaan.
bagus perkongsian tips ini, tambahkan ilmu sya
terima kasih atas bantuan
harga ayam sekilo