Ingat 6 Point Penting Jika Dipanggil Temuduga Kerajaan

Tahniah bila anda dipanggil bagi menghadiri temuduga kerja kerajaan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ketika ada sebahagian individu yang masih tercari-cari kerja. Ada juga yang dibuang kerja… anda pula dipanggil temuduga. Anda patut banyak-banyak bersyukur.

Ramai yang bertanya cara-cara atau tip untuk sukses temuduga.

Anda patut memberi perhatian kepada 6 point (perkara) penting ini bila menghadiri temuduga kerja kerajaan.

Ramai calon yang berjaya dalam temuduga mereka bila mengambil serius 6 point penting ini.

6 point untuk mudah lulus temuduga kerja kerajaan

Point #1 Pertama:

Tahu jawatan apa yang ditawarkan.

Anda juga perlu tahu skop tugas jawatan itu. Selain itu, anda perlu mengetahui apa isu-isu semasa yang berkaitan dengan jawatan tersebut.

Point #2 Kedua:

Tahu jawatan tersebut berada di bawah jabatan atau agensi mana.

Setiap kementerian ada jabatan atau agensi. Jawatan di dalam jabatan atau agensi ini yang paling banyak ditawarkan berbanding jawatan di dalam kementerian itu sendiri.

Selain tahu skop tugas jawatan, anda perlu studi dengan mendalam apa fungsi jabatan atau agensi terbabit.

Point #3 Ketiga:

Kenali individu-individu penting terutama 3 teratas.

Dalam kementerian yang menaungi jabatan/agensi… kenali Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian.

Sementara dalam jabatan/agensi… kenali Pengerusi, Ketua Pengarah, Pengarah Unit, Pengarah Negeri dan sesiapa yang perlu.

Point #4 Keempat:

Ambil tahu inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan atau akan dilaksanakan oleh kerajaan melalui kementerian atau jabatan/agensi terbabit. Studi perlaksanaan dan keberkesanan inisiatif tersebut.

Point #5 Kelima:

Tahu nama-nama kementerian dan Menterinya termasuk bidang tugas kementerian terbabit. Dalami isu semasa kerajaan. Faham akta-akta baru dan dasar-dasar negara dan sebagainya.

Point #6 Keenam:

Tanya rakan-rakan yang sudah bekerja, yang sudah ada pengalaman ditemuduga.

Dapatkan tip dan cara untuk sukses temuduga kerja kerajaan. Ia mungkin berkaitan… cara berpakaian, gaya fizikal dan sebagainya juga termasuk dokumen-dokumen yang perlu dibawa.

— — —

Selalunya bila ditanya tentang tip temuduga kerja kerajaan, hanya point #5 dan #6 sahaja yang disarankan. Point #1, #2, #3 dan #4 seperti tidak penting. Sedangkan 6 point ini sama penting.

Buat kesemua 6 point ini, Insya-Allah anda akan sukses.

— — —

Jika anda perlukan rujukan yang lebih lengkap sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan, ini rujukannya:

[+] RUJUKAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Rujukan ini telah membantu ramai calon temuduga. Entah-entah penemuduga anda nanti pun, pernah menggunakan rujukan.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang dipanggil temuduga.

Salam sukses!

 

 

13 comments

  1. Jika pernah bekerja dan mempunyai pengalaman yang mengenai dengan pekerjaan yang anda mohon utk post kerajaan tu, maka peluang utk dapatkan kerja tu akan meningkat juga.

Leave a Reply to ahmadyani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge