Ini Adalah Cerita Cheese Pleat Yang Legend.

Cheese Pleat adalah satu nama roti.

Ini caranya bagaimana Cheese Pleat di buat.

Cheese Pleat dibuat menggunakan doh asas lemak manis. Doh ini ditimbang dengan berat tertentu. Jika mahu besar, beratnya dalam 100/120g. Jika mahu kecil, timbang doh seberat 50/60g.

Cheese Pleat Legend ini besar dengan berat timbangan doh adalah 120g.

Bulatkan doh yang sudah ditimbang ini dan rehatkan sekejap.

Kemudian dibelah bahagi tiga. Setiap satu belahan digelek sama panjang dengan gerakan lembut menggunakan tangan.

Tiga gulungan ini dipintal menjadi seperti sanggul anak gadis kecil. Ketatkan di bahagian hujung kedua-duanya. Sebab itu juga ada peminat Cheese Pleat ini memanggilnya dengan nama Roti Pintal Sanggul.

Susun roti yang sudah dipintal ini atas dulang dan sekali lagi rehatkan sekejap.

Bila sudah kembang sedikit, letak cheese parut diatasnya. Kemudian boleh taburkan sedikit gula. Kerana dibubuh cheese, ada pelanggan memanggil juga roti ini dengan nama Roti Pintal Cheese.

roti keluaran melayu yang sedap

Roti ini dibakar dengan suhu 150c selama 10-15 minit.

Begitulah cara membuat Cheese pleat. Mudah sahaja. Yang susah sikit untuk menguli doh roti lemak manis.

 

= = =

Di mana untuk mendapatkan roti Cheese Pleat Legend yang lembut, sedap dan menyelerakan ini. Dan apa kaitan ‘legend’ dengan roti ini?

Roti Cheese Pleat ini dibuat setiap hari (fresh from oven) dan dijual di SAFA Bakery & Café, Lot 1-12, Medan Mara (HQ MARA), Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Roti Cheese Pleat ini sudah dijual lebih 25 tahun di Lot 1-12, Medan Mara ini. Kerana lamanya, ia dianggap legend. Dan Cheese Pleat ini ada ramai peminatnya.

Di sebalik penjualan Cheese Pleat ini pula ada kisah-kisah menarik untuk dikenang.

= = =

Sebelum (Datuk) Ng Joo Ngan (jaguh lumba basikal dan bekas Jurulatih skuad basikal kebangsaan) membuka kedai di Ampang, beliau memiliki kedai basikal di Bangunan Medan Mara (HQ MARA), bersebelahan SAFA di Lot 1-13 pada awal 90an.

Jaguh lumba basikal negara ketika itu yang di bawah kendalian Ng Joo Ngan dan peminat basikal yang datang ke kedai beliau akan singgah di kedai roti untuk membeli roti kesukaan mereka.

Bekas jaguh M Kumaresan, Musairi Musa, Tsen Seong Hong, Mahazir Hamad dan lain ada juga datang. Terutamanya M Kumaresan, tiap kali datang beliau hanya membeli Cheese Pleat, tidak roti lain.

= = =

Ayahanda Shila Amzah, ND Lala dan kawan beliau Pelakon KAZA (Kazaruddin Saisi) juga sukakan Cheese Pleat ini. Tiap kali mereka berdua datang ke MARA atas urusan kerja, mereka akan singgah.

Kedua-duanya juga hanya membeli Cheese Pleat tiap kali ada datang. Tidak pernah membeli roti lain.

Itu juga pada 90an. Ketika itu mereka bersama dalam bisnes pengacaraan.

= = =

Bila ada pelancong orang putih yang ‘tersinggah’ di SAFA, dia akan hairan melihat Cheese Pleat, “Kenapa letak gula di atas cheese?”

Staff kedai selalunya menjawab, “Orang Melayu Malaysia memang suka makan cheese dengan gula.”

Walau kelihatan pelik, orang putih itu akan beli satu kerana mahu memahami budaya makan orang Melayu yang pelik baginya. Roti cheese bergula kegemaran Melayu.

Entah itu memang kegemaran orang Melayu atau tidak, tidaklah siapa tahu. Yang pastinya, Cheese Pleat yang tiada gula di atasnya, memang tidak disukai.

Pelanggan suka Cheese Pleat yang ada banyak gula di atasnya.

= = =

Dan betapa ramai pula pelanggan yang selalu mengimbau nostalgia.

Mereka kerap juga bercerita, ketika mereka masih anak kecil yang selalu dibelikan Cheese Pleat oleh orang tua mereka sebagai bekal ke sekolah dan kudapan petang selepas balik sekolah.

Kini mereka bukan anak kecil lagi, masing-masing sudah besar dewasa. Sudah berkahwin. Sudah punyak anak.

Dan sekarang mereka pula membelikan untuk anak-anak mereka Cheese Pleat dan mengulang kembali sejarah dan cerita ketika mereka kecil dahulu.

= = =

roti keluaran bumiputera yang sedap

Sama ada Cheese pleat yang pelanggan makan lebih 20 tahun dahulu atau semasa mereka masih kecil dan Cheese Pleat yang mereka makan sekarang ini…

Ini Cheese Pleat yang sama. Mungkin harganya sudah berubah sedikit. Tetapi bentuk, berat dan rasanya kekal begitu.

Sedap atau tidak seperti yang dikata, datang sendiri dan rasai Cheese Pleat di:

SAFA BAKERY & CAFÉ,

Lot 1-12, Medan Mara,

Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur.

Untuk apa-apa pertanyaan berkenaan Cheese Pleat ini atau roti lainnya atau produk lain yang ada di SAFA, sila hubungi:

Puan Sarifah: 013 333 6507

Puan Sarifah: 013 333 6507

Puan Sarifah: 013 333 6507

atau

Puan Siti Fatimah: 013 300 6429

Puan Siti Fatimah: 013 300 6429

Puan Siti Fatimah: 013 300 6429

 

Share

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge