Ini Burger Yang Sangat Lazat… Bagaimana Membuatnya?

Di mana mahu mendapatkan burger yang lazat? Sedapnya sampai berulang kali makan burger yang sama. Dari kedai yang sama. Dari penjual yang sama.

Kalian suka makan burger di mana. Burger gerai atau burger di Rangkaian Makanan Segera seumpama McD?

Saya suka burger gerai. Kerana burger gerai lebih mempunyai ‘rasa’ berbanding burger di kedai Rangkaian Makanan Segera.

Mungkin kalian suka makan burger di kedai Rangkaian Makanan Segera kerana yakin dengan kebersihan tempat, boleh lepak lama atau mungkin yakin dengan jenama itu.

Apa pun, burger yang asalnya bukan makanan kegemaran penduduk rantau sebelah sini sudah menjadi kegemaran ramai. Gerai burger tumbuh bagai cendawan. Dan rangkaian makanan segera membuat untung dengan menjual burger.

Orang mencari burger yang sedap. Penjual yang menjual burger sedap akan mendapat pelanggan tetap.

Mereka yang bercita-cita mahu buat bisnes burger, perlu belajar dulu membuat burger yang sedap.

===

Kata orang burger yang sedap ada memiliki ciri-ciri berikut:

1 – Ada rasa pedas. Pedas sos atau rasa pedas pada daging.

2 – Sedikit rasa manis. Bukan ditambah gula. Mungkin rotinya adalah bun manis (sweet bun).

3 – Sosnya berkrim. Krimnya mungkin datang dari tambahan cheese.

4 – Dagingnya berempah. Atau ditabur sedikit rempah semasa membakar.

5 – Ada tambahan sos selain sos cili atau sos tomato.

6 – Baunya bukannya bau burger di kedai makanan segera.

7 – Penampilan burger yang membuatkan orang kenyang terasa lapar.

===

Selain itu cara penyediaan atau cara memasak burger itu juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan burger itu sedap. Termasuk juga apa jenis alatan yang diguna.

Lain orang lain caranya. Setiap orang ada ‘air tangannya’ sendiri. Tetapi caranya adalah hampir sama

bisnes burger laris

Mari kita lihat apa yang kita boleh pelajari bila mahu memasak burger di rumah atau kita boleh menukar teknik memasak burger bagi yang sudah buat bisnes burger.

Bagi mereka yang mahu buat bisnes burger. Ilmu ini amat berguna.

===

Klik di sini >>: DAPATAN PANDUAN LENGKAP BAGAIMANA MAHU BUAT BISNES BURGER UNTUK MERAIH PENDAPATAN LUMAYAN SEPENUH MASA ATAU SAMPINGAN SAHAJA.

===

# KUALI – Guna jenis besi tebal. Mahal sikit tapi amat bagus kerana haba akan menyeluruh dan haba akan kekal lama. Jadi penggunaan api akan kurang. Dapat jimat kos gas di sini.

# API – Guna api kecil supaya daging tidak cepat hangus. Kita tidak mahu daging burger nampak masak di luar tapi mentah di dalam. Apa yang kita mahu, daging yang garing di luar tapi dalamnya kekal merah seperti tidak masak tapi sebenarnya sudah masak.

# MARJERIN – Sapu nipis marjerin ke serata kuali. Tidak perlu banyak. Hanya sekadar untuk memastikan daging tidak melekat di kuali sebelum daging mengeluarkan minyak sendiri. Dan juga untuk memberi sedikit ‘rasa’ pada daging.

Elak letak banyak. Lebih lagi elak letak marjerin atas daging. Terlalu banyak marjerin atas daging akan menghilangkan rasa asli daging dan rempah yang ada.

# DAGING – Yang baik adalah pati daging yang dibuat sendiri. Tidak mengapa bila gunakan yang industri. Nyah beku dulu daging. Jangan letak daging beku terus atas kuali. Selalunya bila letak daging beku, orang akan besarkan api supaya cepat masak. Itu yang membuatkan daging keras, garing dan hangus.

# MENGGORENG/MEMBAKAR – Kerap membalik-balikkan daging. Jangan tekan, hanya balikkan. Bila ditekan-tekan, jus daging akan keluar. Hilanglah rasanya. Cucuk-cucuk daging seperti membuat lubang. Boleh gunakan garfu. Ini supaya daging cepat masak dan supaya perencah atau rempah dapat meresap ke dalam daging.

# MEREMPAH – Setelah pasti daging sudah masak, tekan daging sekali dua untuk membuang minyak berlebihan. Tekan perlahan sahaja. Jadi kita menekan daging pada akhir tempoh memasak bukan pada permulaan. Sebelum diangkat, ada beberapa pilihan rempah yang boleh diletak:

1 – Letak sedikit sahaja sis worchestershire.

2 – Letak sos perasa Maggi.

3 – Tabur serbuk lada. Lada sulah atau lada hitam. Lada hitam lebih memberi rasa.

4 – Tambah sikit serbuk kari daging.

5 – Dan renjis sedikit air bawang putih. Untuk membuatkan daging basah setelah sebahagian jusnya hilang ketika proses memasak. Cara membuatnya senang sahaa. Ketuk bawang putih sampai hancur dan hanya campur dengan air. Letak dalam botol biar terendam lama. Tebuk kecil di penutup botol untuk merenjis air.

# ROTI BURGER – Hanya sapu nipis marjerin. Supaya mendapat kerak yang cantik. Sapuan mayonis lebih cantik keraknya. Bakar di bahagian tengah sahaja. Kulit roti tidak perlu dibakar.

Jangan penyekkan roti. Penjual selalu penyekkan roti supaya senang dibungkus. Tidak ada apa sedapnya memakan roti yang penyek, tidak lagi gebu dan lembut.

Letak roti yang dibakar atas lapik berjaring. Bila letak atas dulang, wap panas roti akan masuk semula ke dalam roti. Roti berkemungkinan tidak lagi garing dan gebu.

# SAYUR – Burger mesti ada sayur. Kalau hanya roti dan daging, ia menjadi hidangan yang tidak lengkap dari segi nutrisinya. Terbaik adalah kombinasi 3 sayur.

1 – Kobis atau salad. Salad hanya leraikan daun. Kobis boleh dimayang halus. Lebih jimat guna kobis.

2 – Bawang besar Holland. Isinya manis. Mayang halus atau potong dadu.

3 – Timun Jepun. Lebih rangup dan tidak berair isinya.

4 – Bagi pilihan kepada pelanggan kalau mahukan tomato atau jeruk cili. Ada yang tidak suka tomato kerana ia akan membuatkan burger ‘basah’.

# SOS CILI – Guna sos cili yang dibuat dari cili sebenar. Bukan sos cili yang penuh dengan tepung. Juga bukan cili sos cair yang tiada rasa. Pilih jenama yang baik.

# SOS TOMATO – Guna yang kurang masam. Guna sedikit sahaja. Kalau tidak guna pun tidak mengapa.

# SOS LADA HITAM – Sebaiknya buat bancuhan lain dengan menambah kicap lemak manis supaya sos lada hitam tidak pekat sangat. Ada yang tidak suka sos lada hitam ini, kerana rasanya boleh ‘menutup’ rasa bahan yang lain.

# MAYONIS – Gunakan mayonis yang tidak tajam dan tidak masam sangat rasanya.

# KEJU – Boleh letak selepas proses merempah, ketika akhir waktu memasak. Harga burger mungkin mahal sikit. Jadikan ini pilihan kepada pelanggan.

# TELUR – Jadikan ini juga sebagai pilihan kepada pelanggan. Boleh jenis berbalut atau gunakan acuan dan letak atas daging.

Sebenarnya ada banyak cara untuk memasak burger. Setiap kedai atau gerai menjual burger ada cara tersendiri. Mereka ada campuran bahan dan teknik memasak yang menjadi trade mark perniagaan mereka.

Tetapi apa yang pastinya. Burger sedap yang banyak kandungan bahannya tidak akan didapati di kedai makanan segera. Ia banyak dijual digerai tepi jalan.

Ada gerai memberi pilihan bahan kepada pelanggan. Itu tidak boleh didapati di rangkaian kedai makanan segera. Sebab itu ramai suka makan burger di gerai tepi jalan.

Dan sudah tentu, kita hanya pilih gerai yang mementingkan kebersihan dalam operasi bisnes burger mereka.

Klik di sini: >>> PANDUAN YANG AMAT BAGUS UNTUK MEREKA YANG BERCITA-CITA MAHU MULAKAN BISNES BURGER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge