Ini Sebenarnya Yang DiMaksudkan Sebagai Toleransi Beragama

Ulang siar tulisan yang viral di whatspp dan facebook. Entah siapa menulisnya. Daripada bahasa asalnya mungkin ditulis orang seberang.

Saya tulis dan diedit semula.

Saya percaya ada manfaatnya. Walau mungkin ada yang akan mengatakannya rasis dan sebagainya.

=== === ===

Sekarang bulan Nov. Bulan depan Dis. Disember adalah bulan Krismas.

Umat Islam patut bersikap seperti MUSLIM bila berhadapan dengan kawannya DAVID sempena sambutan Krismas. Ini yang sebenarnya dimaksudkan dengan Toleransi Beragama:

Muslim; “Hai David, bagaimana keadaan kamu menyambut krismas?”

David: “Aku baik-baik saja. Kenapa kamu menanyakan keadaan aku. Kenapa tidak ucapkan saja Selamat Hari Krismas?”

Muslim: “Aku tidak akan ucapkannya. Kamu tahu, agama Islam menghargai toleransi agama termasuk agama kamu. Tapi dalam beberapa keadaan, seperti urusan ini, agama saya melarangnya!”

David: “Kenapa pula. Bukankah ia hanya sekadar kata-kata?”

Muslim: “Benar kata kamu…ia hanya sekadar kata-kata, hanya perkataan. Tapi kamu tahu tak…

Saya menjadi muslim hanya dengan ucapan perkataan Kalimah Syahadat.

Saya halal menggauli isteri saya, hanya sekadar kata-kata aku setuju terima nikahnya… semasa akad nikah.

Isteri saya yang halal saya gauli sekarang ini mungkin menjadi haram untuk saya, hanya sekadar kata-kata cerai. Hanya sekadar kata-kata… aku ceraikan kau…dia bukan lagi isteri saya

Semuanya sekadar kata-kata!

David: “Tapi semua kawan-kawan Muslim aku yang lain, mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada aku?”

Muslim: “ Oooo, itu mungkin sebab mereka tidak mengerti sepenuhnya urusan agama mereka sendiri. Oh ya David! Bolehkah kau ucapkan kata-kata Kalimah Syahadat? Aku mahu dengar.”

David: “Oh tidak! Saya tidak boleh. Itu akan mengganggu keimanan saya.”

Muslim: “kenapa tidak boleh? Bukankah ia hanya kata-kata atau ucapan toleransi sahaja? Ayoh David, ucapkan… aku mahu dengar!”

David: “OK OK…aku faham sekarang”

Buya HAMKA memilih meninggalkan jawatan dunia sebagai Ketua Umum MUI ketika didesak oleh pemerintah untuk mengeluarkan kenyataan rasmi MUI, iaitu ucapan;

SELAMAT HARI KRISMAS kepada mereka yang Kristian di Indonesia. Walaupun dengan fatwa ucapan itu hanya sekadar untuk keakraban kaum. Atau sekadar toleransi agama.

Sedangkan hakikat sebenarnya Buya HAMKA tahu… itu menunjukkan kelemahan agama dan kelemahan akidah dalam diri.

Wallahu’alam.

Inilah yang diajar guru saya. Raikan rakan yang belum Islam. Bukan meraikan agama mereka!

Ya…raikan orang bukan agamanya.

— — —

Mungkin ini yang anda perlukan:

Sistem pintar yang akan membantu anda jana income secara pasif melalui internet tanpa perlu menjual produk sendiri. Terbukti berkesan sejak 2013!

Klik >> SISTEM PINTAR JANA INCOME PASIF

3 comments

Leave a Reply to Azam Mohd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge