Ini Yang Patut Kamu Jawab Bila Ditanya Kenapa Kamu Suka Kerja Kerajaan

Bila kalian menghadiri temuduga kerja kerajaan, satu soalan yang mungkin akan ditanya adalah …

Kenapa kamu suka bekerja dengan kerajaan?

Atau soalan seumpamanya. Kenapa kamu suka kerja di sektor awam. Apa yang membuatkan kamu suka kerja kerajaan. Dan soalan lain yang serupa maksudnya.

Apa kalian akan jawab?

Setiap calon pasti akan memberikan jawapan yang pelbagai. Jawapan bergantung kepada niat sebenarnya dan apa yang difikirkannya ketika itu.

Mungkin kalian akan menjawab begini …

“Kerja kerajaan ni, terjamin masa depan. Sebab tu saya minat kerja kerajaan berbanding swasta”

Atau …

“Keluarga saya banyak kerja kerajaan. Sebab tu saya pun mahu kerja yang sama.”

Atau …

“Saya cuba-cuba je datang temuduga ni. Manalah tahu ada rezeki dapat kerja kerajaan.”

Atau …

“Ada banyak cuti bila kerja kerajaan ni. Sebab tu saya suka.”

Atau …

“Dah puas saya minta kerja swasta, tapi tak dapat. Saya nak cuba pula kerja kerajaan ni. Manalah tahu kalau-kalau dapat.”

Walau segala jawapan itu secara logiknya betul kerana memang itu yang sebenarnya maksud kalian, namun ia KURANG BAGUS.

Bagaiana untuk kalian berikan jawapan yang terbaik kepada penemuduga?

Bukan hanya jawapan yang betul tetapi juga JAWAPAN YANG BAGUS. Jawapan yang boleh membuatkan penemuduga berminat memberikan kerja itu kepada kalian.

Ini jawapan yang dicadangkan. Sesuaikan mengikut karekter peribadi kalian.

Kalian boleh menjawab begini …

“Saya berminat kerja dengan kerajaan kerana …

1# Saya percaya, inilah cara paling mudah untuk saya berkhidmat dan berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat melalui jabatan kerajaan.

2# Saya memang minat kerja kerajaan sejak kecil lagi. Mungkin sebab pengaruh kedua ibubapa saya yang menjadi kakitangan awam. Tambahan pula mereka memang berharap sangat yang saya juga akan bekerja di sektor awam.

Jadi saya berharap sangat dapat diterima sebagai penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3# Selain dapat berkhidmat pada rakyat melalui sektor awam, saya juga mahu ambil peluang menambah ilmu. Ilmu melalui seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan sebagainya yang tentu saya tidak akan dapat di luar sana.

Ilmu ni boleh jadikan saya seorang penjawat awam yang berpengetahuan tinggi. Ini sekaligus boleh jadikan saya lebih cekap dan cemerlang dalam menjalankan tugas.

4# Saya juga mahu ambil peluang sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dari  kelayakan saya sekarang. Saya percaya, pihak kerajaan akan memberikan sokongan. Sebab dengan pendidikan tinggi ini membolehkan saya menyumbang kepada perkhidmatan awam dengan lebih baik.

5# Sejujurnya memang saya fikirkan masa depan saya dan keluarga saya. Biarlah orang kata… kerja kerajaan ni gaji sikit je! Yang penting terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja seperti sektor swasta.

6# Semua orang yang bekerja memang akan fikirkan kenaikan pangkat dan gaji. Begitu juga saya. Saya percaya selain pangkat dan gaji, soal-soal lain seperti cuti tahunan, cuti bersalin, KWSP, pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan sebagainya lebih baik berbanding swasta.

— — —

Kalian nampak perbezaan jawapan ini?

Kalian akan lebih kelihatan matang dan berwibawa bila kalian menjawab menggunakan cadangan jawapan yang diberikan.

Insya-Allah dengan jawapan ini, peratusan kalian untuk berjaya memasuki sektor awam akan lebih tinggi.

Kongsikan jika kalian rasakan artikel ini dapat membantu kalian dan bermanfaat kepada orang lain.

=== === ===

Kalian mungkin perlukan ini:

Didedahkan ‘Rahsia Sulit’ bagaimana anda boleh lulus temuduga kerajaan dengan mudah, tanpa menggunakan sebarang “kabel” atau bantuan “orang dalam” >> KLIK DI SINI <<

 

4 comments

  1. memang soalan ini sangat susah hendak dijawab, kalau jujur sangat panel pertikaikan, kalau jawab macam skema panel tak percaya plak. hihihi… doa2lah moga tidak ditanya, kalau ditanya boleh jawab versi sendiri yang tengah2 antara skema dan jujur.

  2. Wah! Terima kasih kongsikan tips ni .. baik untuk saya share dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain. Manalah tau ada yang bakal menerima panggilan temuduga untuk bekerja dengan kerajaan.

Leave a Reply to Nurhidaya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge