Isteri Idaman Suami

Ini isteri idaman saya…

1# Dia taat mematuhi arahan aku tanpa merungut dan memasam muka, tapi dia berani bantah bila arahan itu melanggar syariat dan dia berani beri pendapat yang lebih baik untuk kebaikkan bersama.

2# Dia menyayangi dan menghormati kedua ibubapaku [mertuanya]. Dia akan buat perkara yang patut untuk menggembirakan mereka dan sentiasa menasihati aku ketika aku ‘lupa’ pada ibubapaku sendiri.

3# Dia sayang dan hormat adik beradikku [ipar duainya]. Dia akan buat perkara yang patut untuk menggembirakan adik beradikku dan sentiasa menasihati aku ketika aku ‘lupa’ pada adik beradikku sendiri.

4# Bila aku dalam kesusahan, dia tidak merungut. Lebih-lebih lagi tidak mengutuk aku. Dia memberi semangat, beri idea dan membantu apa yang perlu untuk aku keluar dari kesusahan.

5# Bila aku senang, dia tidak ambil kesempatan minta yang macam-macam. Dia tidak menyombong dengan orang lain. Dia akan sentiasa menasihati aku untuk sentiasa beringat tentang…’waktu senang sebelum waktu susah’, tetap berjimat cermat dan tidak melupakan bantuan pada yang susah terutama pada ahli keluarga.

6# Dia suka membaca terutama buku agama dan pembangunan diri, buku kekeluargaan juga. Buku kemasyarakatan, ekonomi, sejarah juga boleh. Kalau novel mestilah yang bersastera tinggi bukan kisah cinta merapu.

7# Dia suka solat sunat terutama Dhuha dan Tahajud. Yang wajib tu semestinyalah.

8# Bila dia berseorangan, ketika aku tiada untuk berbual-bual. Dia akan menghabiskan masa dengan membaca selawat dan ayat-ayat mudah dari al Quran yang dihafalnya. Ketika mengemas rumah, keika memasak dia akan berselawat, bukan menyanyi dan lebih lagi bukan bercakap sorang-sorang.

9#  Dia juga akan sentiasa berselawat dan membaca ayat mudah dari al Quran ketika mendodoi dan menidurkan anak, bukan bersenandung dan menyanyi. Bersenandung dengan lagu rakyat pun tak payah. Semoga anak-anak akan terpengaruh dengan berkat selawat dan ayat al Quran dan jadilah mereka anak soleh dan solehah.

10# Dia menutup aurat tapi bijak bergaya. Dia suka wangian tapi tidak sampai menggoda orang. Dia suka kebersihan dan akan memastikan persekitarannya juga bersih.

11# Dan lagi???

Kalau mahu ditulis semuanya akan mengambil senarai yang panjang. Cukuplah 10 di atas. Anda patut tulis senarai sikap dan sifat isteri yang anda mahu. Ia seperti satu doa.

Kalau anda belum beristeri, semoga tuhan berikan anda isteri seperti yang anda inginkan. Kalau anda sudah beristeri, semoga tuhan ‘mengubah’ dia menjadi isteri yang anda mahu.

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge