Jangan Ucapkan Selamat Tahun Baru 2012

Bila 2012 datang, 2011 pun pergi. Tahun baru 2012 datang sambil memberi salam kepada penduduk dunia. Tahun 2011 pergi dengan membawa sekali kenangan hidup yang berwarna warni.

Manusia menyambut tahun baru 2012 dengan pelbagai karenah dan dengan tanggapan yang tersendiri. Apa pendapat anda terhadap kemunculan tahun baru dalam kehidupan anda?

1# Tahun baru bererti umur semakin bertambah. Namun pada sebahagian orang, tahun baru bererti umur kurang satu tahun daripada jumlah tahun yang Allah peruntukkan pada kita untuk hidup.

2# Setiap kali tahun baru, setiap kali itulah azam atau matlamat mesti diperbaharui. Ada yang bertanya, perlukah kita berazam setiap kali menyambut tahun baru? Dan mereka tidak membina azam atau matlamat. Jalani hidup seperti biasa. Ada peluang sambar. Bila tiada peluang, itu bukan rezeki.

3# Tahun baru diharap dapat memberi kegembiraan dalam hidup. Setengah yang lain menganggap tahun baru adalah sambungan kesedihan tahun lepas.

4# Ramai berharap rezeki pada tahun baru akan bertambah-tambah. Ramai juga yang kecewa kerana merasakan pendapatan akan sama seperti tahun-tahun sebelum ini sedangkan keperluan makin menghimpit kehidupan.

5# Sebarang reaksi anda terhadap tahun baru, akan ada orang lain yang memberi reaksi berlawanan dengan anda. Apakah anda mahu ‘memarahi’ mereka atau anda menganggap ini adalah rencah kehidupan. Masing-masing mempunyai prinsip hidup tersendiri.

Apapun…saya tidak tidak mahu mengucapkan selamat tahun baru kepada anda. Saya hanya mahu mengucapkan dan mendoakan anda, “Selamat Ketika Menyambut Tahun Baru dan Selamat Sepanjang Hidup di Tahun 2012″.

2 thoughts on “Jangan Ucapkan Selamat Tahun Baru 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge