Jangan Hanya Ucapkan Tahniah!

Siapa di antara kita yang kawan-kawannya telah memperoleh kejayaan?

Kejayaan yang kita inginkan tapi dia telah mendapatnya.  Kita tidak dapat sedangkan kita tekun berusaha dalam bidang yang sama.

kejayaan peribadi

Berjaya Sebagai Ahli Sukan

Kita sama-sama ahli sukan dalam badminton.  Kawan kita juara #1 dunia, sedangkan kita masih bergelut untuk masuk ke dalam #10 yang terbaik dunia.  Pada hal kita berlatih bersama dibawah bumbung yang sama dan dipantau oleh jurulatih yang sama.

Berjaya Sebagai Peniaga

Kita sama-sama berniaga gerai makan di pasar malam.  Kawan kita kemudiannya telah membuka restoran.  Dari satu restoran ke beberapa cawangan.  Selepas itu dia buka kilang makanan sejuk beku.  Mulanya dijual dalam negara, sekarang telah diedarkan ke luar negara.  Kita masih di pasar malam.

Berjaya Sebagai Kakitangan Kerajaan

Kita sama masuk kerja sebagai pegawai rendah dalam jabatan kerajaan.  Kawan kita dapat naik pangkat jadi pegawai kanan.  Tidak lama kemudian jadi pengarah cawangan, naik pangkat jadi pengarah wilayah.  Dari wilayah ke negeri. Kemudian ke HQ.  Naik pangkat kemudian naik pangkat.  Akhirnya bersara sebagai Ketua Pengarah.  Kita bersara hanya sebagai pegawai kanan, atas sedikit dari pegawai rendah.

Berjaya Sebagai IM

Kita sama-sama berurus niaga sebagai usahawan online.  Bagaimana prestasi kawan kita?  Keadaan kita pula bagaimana?

Jangan dengki!  Itu sifat terlarang bagi seorang manusia yang beradap dan beragama.  Cemburu adalah normal.  Kalau cemburu bersulam dengki, itu sifat yang Allah larang.  Jika cemburu membuatkan kita tekun berusaha, itu tanda kita hebat!

Jangan ucapkan tahniah pada mereka! itu saranan yang tidak betul.  Anda tidak boleh ikut.  Sebagai seorang kawan anda patut ucapkan tahniah atas kejayaan kawan anda itu.

Namun banyak orang hanya ucapkan tahniah.  Tidak lebih dari itu.  Sepatutnya selepas mengucapkan tahniah,  kita tanya soalan ini…

“Bagaimana kamu boleh berjaya?”

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge