Kalau Ikut 8 Cara Ini, Boleh Untung 5 Angka Sebulan Walau Kau Berniaga Burger Tepi Jalan | ahmadyani.com

 

Peniaga burger tepi jalan selalu dipandang sebelah mata.

Bisnes kelas rendah. Dianggap bisnes ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Masa depan bisnes burger tepi jalan ini dipandang ‘gelap’.

Yang dipandang tinggi, kedai burger dalam Mall.

Lebih lagi bila semua staff berseragam rasmi. Lebih lagi bila kedainya, rangkaian jenama besar antarabangsa. Tukang jaga kaunter duit pun boleh ‘berlagak besar’ dengan pemilik gerai burger tepi jalan.

Memang benar bisnes burger tepi jalan, bisnes kelas rendah…. kalau pemilik bisnes burger itu percaya!

Memang benar bisnes burger tepi jalan, bisnes kelas rendah…. Kalau pemilik bisnes burger mengurus jualannya ‘cincai-cincai’ sahaja.

Sedangkan bisnes burger tepi jalan (bisnes burger jalanan) ada kelebihan!

Kos besar yang ditanggung hanya bahan mentah. Kos sewa tiada. Jika ada kos sewa, rendah sangat berbanding kedai di mall. Pembantu pun tidak perlu ramai. Sedang pelanggan yang lalu lalang…ramai!

Dengan kelebihan itu, ditambah dengan beberapa cara atau teknik yang boleh peniaga buat, pasti jualan dapat ditingkatkan dalam masa yang singkat. Malah keuntungan jualan selepas ditolak kos, mungkin melebihi kedai burger dalam mall.

bisnes burger

Ada beberapa cara mudah yang peniaga burger tepi jalan boleh buat:

1# Buat kad bisnes.

Jangan ingat pemilik bisnes besar sahaja perlukan kad bisnes. Yang kecil juga perlu.

Letak nombor HP dan tulis besar…BOLEH BOOKING MELALUI PHONE

2# Buat member kad.

Atau kad pembelian. Setiap kali pelanggan beli burger dia akan hulur kad dan  peniaga perlu cop (buat cop kecil) atau sain ada kad. Pada pembelian burger ke5, beri diskaun separuh harga burger special. Burger biasa kalau dapat bagi free, bagus juga.

Jika kad penuh dan ada gantian kad, cubalah beri apa-apa hadiah sebagai menghargai pelanggan tetap ini.

3# Burger spesial + hadiah!

Tambah ‘pemberian/hadiah’ untuk belian burger paling mahal yang dijual. Air minuman cawan kecil berharga 30sen sudah memadai. Tidak rugi apa-apa dengan tambahan 30sen itu. Yang penting hati pelanggan dapat ‘ditawan’.

4# Sos istimewa

Cipta sos istimewa yang boleh menjadi ‘trademark’ untuk burger yang kita jual.

Cari resepinya di buku atau google. Kalau susah sangat beli sahaja. Kekalkan penggunaan sos ini. Untuk semua jualan burger. Burger biasa boleh letak sikit. Burger special letak banyak sikit.

5# Buat SOP tugas

SOP inilah yang menjadikan burger McD atau jenama lainnya konsisten bentuk, isi dan rasanya. Sesiapa pun yang bertugas membuat burger itu akan membuat burger yang sama kerana ada satu cara khusus untuk membuatnya. Cara membuat burger yang ditulis inilah SOP

Bisnes burger jalanan juga patut ada SOP supaya burger yang dihasilkan oleh sesiapa sahaja, baik pemilik bisnes dan pekerja adalah sama. Isinya sama banyak, dagingnya masak sekata. Burger yang sama sejak mula bisnes sampai bila-bila selagi berbisnes.

6# Berikan hadiah.

Hadiah ini tidak sama dengan hadiah belian burger special.

Mungkin sesekali, tertutama pada perayaan atau peristiwa tertentu, peniaga memberi offer, ‘beli satu percuma satu!’. Atau belian beberapa biji burger (order banyak) ada burger percuma atau hadiah lain yang patut.

7# Buat flyers

Edarkan risalah tentang bisnes burger ini sekitar 5-7 kilometer dari kawasan kita berniaga.

Elak untuk letak flyers ini dalam raga motor atau di pengelap kereta. Hampir kesemua pemilik kenderaan ini akan menganggap flyers pada kenderaan mereka adalah ‘sampah!’

Buat 3 cara sahaja. Letak pada peti surat rumah, letak pada peti surat pejabat dan bagi kepada ‘tangan’ orang.

8# Tambah ilmu

Ini juga penting. Ilmu perniagaan, terutama ilmu berkait dengan perniagaan burger perlu ditambah dari masa ke semasa. Idea-idea semasa untuk meningkatkan bisnes perlu digali, terutama yang berkaitan pemasaran.

Penambahbaikan bisnes dari masa ke semasa perlu dilakukan. Ilmu perniagaan bisnes burger yang dikumpulkan dalam sebuah ebook oleh Tuan Afiq, anak kepada Jutawan Senyap Dato’ Rusly boleh dijadikan panduan.

Bisnes burger jalanan, bila diuruskan seperti yang sepatutnya dengan ilmu yang betul dan cara pemasaran yang mengikut trend semasa, boleh mengalahkan bisnes burger di mall-mall besar.

Share

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge