Kamu Ialah Apa Yang Kamu Fikir

Semua pakar motivasi memberitahu kita, kita adalah apa yang kita fikir.

Bila kita fikir kita boleh buat, kita akan boleh buat. Bila kita fikir bahawa kita tidak boleh buat, kita tidak akan boleh buat. Bila kita fikir tentang kesedihan, kita akan berasa sedih walaupun kita berada dalam keraian yang sepatutnya menggembirakan.

Kiaskan dalam apa juga perkara. Fikirlah apapun dan itulah kita.

Tuan Adly Mukhtar ada mencatat dalam facebooknya yang dia mencapai apa yang dia capai sekarang ini dalam dunia perniagaan kerana dia suka membaca buku-buku perniagaan sejakĀ  tahun dahulu.

Dari catatan Tuan Adly itu membuktikan selain tajuk di atas frasa Kamu Ialah Apa Yang Kamu Baca juga adalah tepat.

Pakar motivasi jarang menyebut frasa ini. Apakah disebabkan lebih banyak perkara yang bermain dalam fikiran orang berbanding banyaknya buku yang dibaca maka mereka lebih suka menyebut kamu ialah apa yang kamu fikir dan kurang menyebut kamu ialah apa yang kamu baca. Mereka lebih tahu sebabnya

saya suka baca

Buku apa yang anda baca bulan ini. Ini buku terbaru yang saya baca.

Share

One comment

  • Saya juga membaca salah satu buku di atas bulan ini (berubah untuk berjaya). Mungkin akan dapatkan buku Make TOday Count untuk bacaan selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge