Taip nama Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi (1911-1998m) di google.com dan pasti kita dapat mengetahui siapa dirinya yang mengagumkan. Umum mengenalinya sebagai Tokoh Tafsir, bekas Mufti Mesir, bekas Syeikhul al Azhar dan Ulama Sunni yang terkenal.
Kisah hidupnya berwarna warni yang boleh diambil banyak pengajaran daripadanya. Salah satunya adalah apa yang beliau ceritakan sendiri:-
(cerita diedit bahasanya untuk memudahkan kefahaman tanpa menyimpang dari kisah sebenar)
Aku telah berbual-bual dan berbincang dengan seorang pemuda yang punya pemikiran agak ekstrim.
Aku bertanya kepada dia, “Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara itu halal atau haram?”
Pemuda itu menjawab, “Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka.”
Aku membalas, “Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?”
“Sudah tentu mereka akan ke neraka.” Jawab pemuda itu. “Ke mana syaitan akan membawa mereka?” Aku bertanya semula.
Pemuda itu membalas, “Sudah tentulah ke neraka. Sebab itulah yang menjadi matlamat syaitan.”
Aku berkata, “Kalau begitu, kamu dan syaitan telah bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia ke dalam neraka!”
Kemudian aku pun mengingatkan pemuda itu akan satu kisah Rasulullah saw. Ketika mana lalu jenazah seorang yahudi di hadapan Nabi Muhammad, baginda bangun dan menangis.
Sahabat bertanya dengan hairan, “Apa yang menyebabkan engkau berdiri dan menangis wahai Rasulullah. Bukankah itu mayat seorang yahudi?”
Nabi Muhammad saw berkata, “Aku berdiri kerana apa pun agama dia, dia adalah manusia yang telah dipanggil mengadap Allah. Dan aku menangis kerana satu jiwa telah terlepas dari aku dan sedang menuju ke neraka.”
“Nampak tidak perbezaan antara kamu dan Rasulullah saw,” nasihat aku kepada pemuda itu. “Rasulullah inginkan hidayah untuk semua manusia dan mahukan semua manusia masuk ke syurga. Sedangkan kamu membantu syaitan memasukkan manusia ke dalam neraka. Kamu berada di bahagian lain sedangkan Rasulullah saw berada di lembah yang lain.”
Semoga Allah merahmati Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi. Dan semoga kisah yang diceritakannya sendiri ini dapat diambil iktibar.
Saya suka baca buku tulisan beliau. Perbahasan atau tafsiran di dalam buku tulisan beliau tentang isu-isu agama amat membuka minda. Sekarang ini saya sedang mencari buku tulisan beliau tentang kisah para nabi.
Ada satu kata madah beliau yang boleh kita fikirkan bersama… “Jika kamu melihat ramainya orang miskin di negara orang Islam, ketahuilah di sana ada si kaya yang merompak harta mereka”
Kalau direnungkan ayat akhir entry ni seperti terjadi di negara kita..
Noriza Rahman recently posted..Anda Mencari Pengedar SHAKLEE Bandar Baru Bangi?
Beliau hidup di zaman ini, jadi dia tahu realiti politik masa kini..
betul 2…
yang penting hidayah dari Allah
cuba lah menasihati mereka…
jangan bersubahat dengan syaitan memasukan saudara sesama manusia ke dalam neraka
betul tu.
ramai benar orang berfikir sebegitu.
titan recently posted..EMPAT hari BERBAKTI di Hutan XXX
masih juga tidak mahu mengubahnya walau tahu cara fikir begitu salah!
Ayat terakhir tu cukup mendalam maknanya dan sepertinya telah berlaku
Khairul Zamri recently posted..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Memang sudah berlaku pun….
mashaAllah, sungguh tersentuh dengan ayat terakhir dari Rasulullah
kita ni manusia yang leka. kalau kita tak suka orang tu, kita mesti mendoakan yang tak baik untuk dia, apatah lagi mendoakan dia ke neraka.
perkongsian ni sungguh bagus. terima kasih 🙂
Uncle Zuan recently posted..11 Tempat Di Saigon Yang Boleh Singgah Dalam 1 Hari
Ya, kita manusia selalu mengikut emosi bila berbuat sesuatu…
“Jika kamu melihat ramainya orang miskin di negara orang Islam, ketahuilah di sana ada si kaya yang merompak harta mereka”
suka dengan kenyataan ni
Tehr recently posted..Pantun Jerebu
hahahhaha qoute yang viral buat masa kini
btw nice blog ni. ada 1 lagi buku yang best jugak dia punya writter
” dr majdi al hilali” buku buku dia semua sedapa gak
bukharimalek recently posted..Pilih Bulan Sesuai Ke Korea! Kenapa?