Piala Thomas Milik Godzilla!

Ketika arwah Mokhtar Dahari masih menyepak bola, pasukan bola Malaysia antara yang digeruni di Asia. Jepun ketika itu asyik kena ‘belasah’ di padang!

Sekarang Jepun pernah masuk Piala Dunia FIFA, pasukan bola kita masih belum nampak jalan untuk ke sana.

Ketika tahun ’92 kita menjulang Piala Thomas, pasukan badminton Malaysia seperti gergasi yang sukar ditumpaskan. Jepun ketika itu masih belum berapa tahu bulu tangkis itu dibuat daripada bulu apa!

BadmintonSekarang Jepun sudah bawa balik Piala Thomas ke negara Godzillanya, pasukan badminton kita masih mencari-cari rentak.

Oh! Malaysiaku. Jauh dalam hati aku ada rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Tetapi aku tetap bangga menjadi rakyat kamu!

Share

9 comments

  1. Seluruh rakyat Malaysia berasa kecewa kerana kita tumpas di tangan Jepun dalam Final Piala Thomas kali ini.. Jepun sebenarnya bukanlah sebuah negara yang hebat dalam permainan Badminton.. Cuma mereka mempunyai semangat juang yang sangat tinggi.. Hari tu kita boleh menewaskan mereka sekiranya kita mempunyai semangat juang yang lebih tinggi daripada mereka…
    Anuar recently posted..Kalau saya menang DiGi WWWOW Awards 2014My Profile

  2. Dah lama Malaysia gagal untuk dapatkan Piala Thomas, yang akhir sekali adalah tahun 1992. Dah 20 lebih tahun lepas masih berusaha lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge