Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selalunya kita berbeza dalam hal-hal tertentu dan khusus seperti selera makan, jenama kenderaan, bentuk rumah dan sebagainya. Akan tetapi dalam hal-hal umum, kehendak kita sebenarnya adalah sama.
Kita berkehendak pemimpin yang baik. Bersikap amanah, jujur dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka.
Kita berkehendak ekonomi berjalan dengan baik. Tiada urusan riba atau pengambilan bunga. Dan bebas daripada penipuan bagi mendapatkan keuntungan lebih.
Kita berkehendak komuniti masyarakat yang bahagia, berbaik sangka, berlapang dada dan hormat menghormati tanpa mempunyai segala sifat mazmumah sesame sendiri. sentiasa mengamalkan segala sifat mahmudah dalam pergaulan sesame komuniti.
Kita berkehendak pendidikan atau sekolah yang bagus. Semua pelajar diajar dan dididik oleh guru yang boleh dijadikan peribadi yang ‘sempurna’ untuk dicontohi pelajar.
Kita berkehendak isteri dan anak keturunan yang soleh dan solehah. Sentiasa memahami dan yakin bahawa Allah mengetahui dan melihat segalanya. Maka kerana itu mereka mempunyai sensitiviti yang tinggi bagi untuk menjaga tingkah laku agar tidak terkeluar dari landasan syariat.
Apakah kehendak kita ini sesuatu yang mustahil? Tidak! Ia sesuatu yang boleh dicapai. Bagaimana? Hanya ada satu cara untuk mencapainya…keimanan. Semua yang terlibat mempunyai iman yang kukuh kepada Allah.
Kita mungkin mewarisi status keIslaman daripada ibubapa kita. Akan tetapi keimanan yang kuat kukuh kepada Allah tidak dapat diwarisi. Ibubapa hanya berupaya meletakkan kita dalam ‘landasan’ iman kepada Allah. Untuk menguat dan mengukuhkannya, itu adalah usaha kita sendiri.
Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menguat dan mengukuhkan keimanan mereka dengan harapan apa yang kita berkehendak menjadi nyata. Masing-masing perlu berusaha untuk menguat dan mengukuhkan iman dalam diri dan dalam diri keluarga tangungannya.
benda ini adalah fitrah bagi manusia sejagat..iman sahaja untuk insan terpilih..
kakiblog recently posted..Trend Blogwalking Semakin Menurun
Memang fitrah manusia mahukan yang baik-baik sahaja…
puteri setuju kita semua mempunyai kehendak yang sama sahaja dan pastinya kita berkehendak yang baik baik 🙂
puteri kasih recently posted..Mereka Penyeri Blog
Hanya orang yang tidak betul sahaja, mahu yang buruk-buruk dalam hidupnya…
kita nakkan kesempurnaan, tapi kita manusia sentiasa ada kesilapan dan kelemahan…
Denaihati recently posted..Menggunakan custom url dalam Google plus
Makanya tidak patut ada rasa putus asa untuk terus berusaha memperbaiki kesilapan dan kelemahan itu…
patutnya sama tapi sering berubah-ubah ikut peredaran zaman
zool recently posted..Pencapaian November dan Perancangan Disember 2013
Zaman berubah, kehendak juga berubah, tetapi saya percaya asasnya adalah sama…
Betul tu, kita perlu berusaha sendiri untuk mencapai segala keinginan. Dan kita perlu bertanggung jawab dengan apa yang kita lakukan.
Mohd Shubhi recently posted..Peluang perniagaan kedai basikal di Puchong
Masalah banyak berlaku bila kita hanya meletakkan tanggungjawab itu pada orang lain….