Ada yang membuat kenyataan bahawa wang bukanlah segala-galanya dalam hidup.
Benarkah?
Sebenar-benarnya kenyataan ini kerapkali datangnya dari mereka yang tidak mahu berusaha lebih dalam hidup mereka. Banyak orang yang ‘mencipta alasan’ ini untuk membenarkan keadaan yang kekal tanpa perubahan dalam hidup mereka.
Hakikat sebenarnya ialah kehidupan hari ini tidak dapat lepas dari dikaitkan dengan duit. Mahu buat sesuatu perlukan duit. Mahu dapatkan sesuatu juga perlukan duit.
Aku tidak dapat membayangkan hidup tanpa duit. Kalian dapat bayangkan? Aku tidak terfikir ada orang yang sanggup hidup tanpa duit. Kalian ada terfikirkan sesiapa yang dapat meneruskan kehidupan tanpa bergantung pada duit?
Ada orang yang sanggup! Sebenarnya ada insan yang mampu meneruskan hidup tanpa wang.
Orang itu adalah Heidemarie Schwermer.
Pada mulanya, Heidemarie Schwermer mencuba-cuba hidup tanpa wang selama 12 bulan dan tanpa dia sendiri menyangka, percubaan yang dia lakukan itu telah menjadi cara hidupnya sejak 1996 sehingga kini.
[ gambar dari google ]
Bermula dengan mengamalkan cara bertukar barang untuk meneruskan hidup, seperti sistem barter pada zaman terdahulu. Mulanya dia mencuba selama setahun dan ia kekal menjadi cara hidupnya kini.
Kata Heidemarie Schwermer, hidupnya kini lebih berkualiti, hatinya tenang dan fikirannya bebas. Tidak ada terlintas dalam hati dan fikirannya untuk kembali ke masa dia menggunakan duit.
Alasan ‘wang bukanlah segala-galanya dalam hidup’, kebanyakkannya dituturkan oleh mereka yang kesempitan wang untuk ‘menutup’ keadaan mereka.
Apakah Heidemarie Schwermer menggunakan alasan cara hidup sebegini untuk ‘menutup’ keadaan dirinya yang juga kesempitan wang?
Tidak! Heidemarie tidak kesempitan wang.
Kerjayanya sebelum ini sebagai ahli psikoterapi dapat menghasilkan simpanan bank yang banyak. Pencennya berjumlah 700 euro (RM3,000) sebulan. Bukan sedikit wang dia dapat dari jemputan ceramah di seminar, kemunculan di TV, royalti dirinya yang dijadikan subjek satu filem dokumentari.
“Saya dapat banyak wang daripada buku yang saya tulis.” Heidemarie membuat pengakuan tentang 2 buku yang ditulisnya. 2 buku ini sudah diterjemah ke beberapa bahasa. Sekarang dia sedang menulis buku yang ke3.
Kehidupan tanpa duit bukanlah bermaksud dia tidak perlu kerja lagi untuk mendapatkan wang gaji kerana duit simpanan, duit pencen dan duit royalti sudah cukup untuk menampung hidup.
Heidemarie Schwermer benar-benar hidup tanpa duit. Akaun banknya telah ditutup dan duit di dalamnya telah habis didermakan. Duit royalti buku, bayaran ceramah dan kemunculan di TV semuanya didermakan pada orang ramai di jalanan. Duit pencennya diberikan pada rakan-rakan ‘yang memerlukan’.
Tidak pula dia memberikan duitnya itu pada anak perempuannya. Mungkin anaknya tidak kesempitan wang atau mungkin dia takut anaknya akan menyimpan wang itu dalam akaun yang dikhususkan untuk dirinya.
Kehidupannya tidak bertempat. ‘Rumahnya’ ialah beg yang selalu dibawanya. Tempat tidurnya kadang-kadang di rumah perlindungan yang menyediakan makan percuma. Ada kalanya dia ‘menyewa’ bilik rumah orang dengan bayaran sewanya ialah dengan dia menjadi ‘orang gaji’ sementara yang mengemas rumah dan membersihkan halaman.
Heidemarie Schwermer tidak tahu dan tidak memikirkan apa yang menanti esok. Itu prinsip yang dipegangnya.
Apa yang ingin kita gelar pada Heidemarie Schwermer yang memilih untuk menjalani kehidupan sebegini? Gila? Berkeyakinan tinggi?…..atau apa perkataan yang boleh disebut untuk kehidupan yang beliau amalkan ini?
Ada sesiapa berani mencontohi beliau?
===
Yang ini mungkin sesuai untuk anda:
Memang menakjubkan. Mungkinkah dia ada sesuatu yang ingin dibuktikan kepada semua? Hmm.. 😐
Hadi Rofiee recently posted..Beraya Haji di Kuala Lumpur
Orang yang memilih hidup sederhana memang ramai. Tapi memilih hidup seperti Heide, mungkin dia seorang sahaja…
Betul pepatah Melayu ada berbunyi, ‘Ulat dalam batu pun boleh hidup’
Rasanya tiada orang Melayu yang berani menjadi ”ulat” itu. Yang terpaksa menjadi ”ulat” …ramai.
salam;
ahli sufi dan para abid mungkin dulu ada yang begini, mereka boleh kenyang dengan berzikir dan membaca ayat-ayat suci. adapun ulat dalam buku dan dalam batu – batu dan buku itu makanannya jadi no preoblem.
musi recently posted..Sedarlah – hanya sedikit manusia yang bersyukur
still..dia masih memerlukan makanan untuk hidup. Cuma cara dia mendapatkan “wang” tu agak berbeza..tanpa medium duit.
ohcikgu recently posted..Video dan Lirik Lagu Gemuruh Suara – Team Malaysia Theme’s Song