Bila diajak pergi kenduri, orang akan bertanya, siapa kahwin?
Memangnya bila disebut kenduri, ramai mengaitkannya dengan kahwin. Kenduri kahwin!
Kamus Dewan memberi makna kenduri ialah mengadakan jamuan makan yang ada kaitan dengan keagamaan.
Pada saya kenduri ialah masak banyak-banyak untuk banyak orang makan. Tidak kiralah untuk apa juga tujuan.
Kenduri telah mengalami perubahan cara pelaksanaannya. Dahulu kenduri ialah gotong royong. Sekarang kenduri ialah memborong dari katering. Dahulu kenduri ialah menghidang. Sekarang layan diri.
Sebenarnya kenduri secara gotong royong dan menghidang masih diamalkan di banyak tempat. Antara contohnya di tempat lahirku Kampung Luat, Lenggong Perak dan tempat hijrah keluargaku di Gelanggi 2, Jerantut Pahang.
Cuma antara dua tempat ini ada perbezaan cara kerja.
Di Luat, kerja kenduri bermula sehari sebelumnya ( ini tidak termasuk kerja memasang khemah bangsal dan sebagainya). Mahu sembelih dan melapah lembu. Mahu cari daging ayam. Masak memasak lauk dan nasi dibuat sehari sebelumnya.
Besoknya cuma menghidang dan makan!
Berbeza di Gelanggi 2. Semuanya di buat dalam sehari ( ini tidak termasuk kerja memasang khemah bangsal dan sebagainya).
Pagi itulah nak dapatkan daging dan melapah. Mempersiang, mericih dan sebagainya. Kemudian memasak nasi dan lauk, semuanya dikerjakan pagi itu juga. Pada tengahari sempat untuk tetamu makan. Kadang-kadang jam11 sudah boleh makan.
Petangnya bersih pinggan mangkuk. Sambung esok bila tidak sempat. Selalunya besok hanya untuk mengemas pinggan mangkuk. Juga mengemas kerusi meja dan khemah.
Makan kenduri di Gelanggi 2 memang makan makanan panas baru dimasak bukan makan makanan yang dipanaskan semula.
Bagaimana cara kenduri di tempat anda?
# kendara ialah pelbagai jenis kenduri. Kenduri tanpa kendara ialah kenduri yang dibuat untuk satu tujuan sahaja. Ini bahasa saya bukan istilah Dewan Bahasa.
Oh baru tahu pengunaan perkataan yang betul.
akubiomed recently posted..Kehangatan sambutan Merdeka 2013 bersama Astro Celebrates Merdeka
Kadang-kadang kena guna kamus dewan bila menulis.
dah lama aku x join kenduri macam ni, sebab aku dok rumah bujang dan aktiviti seharian adalah pi kerja, hehehe
Juan recently posted..Peperiksaan Bertulis Untuk Jawatan Pegawai Penerangan S41
Bila balik kg sahaja boleh join kenduri macam ni..
Sebelum kenduri mesti ada rewang….
hafiz recently posted..Membasuh kereta
Lain tempat lain istilahnya..
hoho..terlupa plak hari ini ada kondangan..aduhh..
titan recently posted..Permainan klik-klik 8Share.
Tulis dalam diari….jarang guna istilah kondangan ni. Siapa tidak tahu istilah kondangan rujuk kamus.
kenduri mana2 sekali makan itu penting hehe
Khairul Zamri recently posted..Ada Rasa Aura Merdeka?
Kalau kenduri di kampung, makanannya boleh dibawa pulang kalau ada lebihan.
rasanya disemenanjung kalau gotong royong/rewang kenduri hampir sama caranya.
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
Masa yang diambil sahaja berbeza..
Lama tak terlibat dengan kenduri secara gotong royong ni. Kat kampung dulu selalu terlibat biasanya bila cuti sekolah hujung tahun. Memang best!
Mohd Shubhi recently posted..Suka cari masalah – baik untuk anda
Selalunya kenangan kenduri bagi sseorang ialah di kampung. Di mana lagi?
Lepas raya ni memang banyak kenduri… Inilah namanya rezeki… Makan kuih raya pun dapat, makan kenduri pun dapat…
Anuar recently posted..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka Jualannya
Selain selepas raya ialah waktu cuti sekolah.
Itulah perubahan yg “terpaksa” ambe terima kat kampung sekarang. Kali terakhir berkenduri secara gotong-royong ialah majlis kahwin abang. Kenduri adik 2 thun lepas dah terpaksa buat catering.
Bukan tak nak, tapi sbb tak cukup kakitangan. Ramai sedara2 yg hijrah ke luar, dan tak nak susahkan pak2 dan mak2 sedara yg dah lanjut usia….
oh! mmg rindukan bab2 gotong royong ni
hafizmd recently posted..Khasiat Minyak Habbatus Sauda!
Kenduri gaya katering adalah biasa di bandar-bandar, tetapi bila di kampung juga guna katering, ini perkara yang ‘menyedihkan’ bagi saya..