Kerana Fikiran Besar Bukan Otak Besar

Kejayaan kita ditentukan oleh saiz pemikiran kita yang besar, bukannya oleh saiz otak kita yang besar.

Persoalan yang timbul adalah…jika dengan berfikir BESAR kita boleh mencapai matlamat, mengapa tidak semua orang berfikiran besar?

Jawapan yang timbul adalah…kita hidup dalam persekitaran yang berfikir kecil. Setiap orang di sekeliling kita mahukan kita berfikiran kecil sama seperti mereka.

# Kita berusaha menjadi ketua. Akan tetapi hampir setiap hari kita diberitahu….kalau semua mahu menjadi ketua siapa akan jadi pengikut? Kita diminta berpuas hati untuk hanya menjadi pengikut.

Sedangkan hakikat sebenarnya, pengikut terlalu ramai sementara pemimpin yang berwibawa amat berkurangan.

# Kita berusaha mengubah hidup. Akan tetapi hampir setiap hari kita diberitahu….terima sahajalah perjalanan hidup kita kerana ia sudah ditakdirkan.

Sedangkan hakikat sebenarnya, tiada siapa pun tahu takdir hidupnya. Bila kita berusaha, baharulah kita akan tahu.

# Kita berusaha mencapai kejayaan. Akan tetapi hampir setiap hari kita diberitahu….kejayaan yang diperolehi itu tidak berbaloi. Seolah-olah untuk berjaya kita terpaksa gadaikan jiwa, persahabatan, masa bersama keluarga dan segalanya.

Sedangkan hakikat sebenarnya, kejayaan menjanjikan keuntungan. Lebih ketenangan, lebih masa bersama keluarga, lebih ramai kawan dan segalanya.

rahsia pemikiran besar

******
Kita diminta untuk sentiasa berfikiran BESAR walaupun kita hidup di persekitaran yang berfikiran kecil. Kerana berfikiran besar adalah tuntutan dan kepercayaan universal..

# Apa yang selalu difikirkan oleh seseorang itu…itulah dirinya – Nabi Daud. Apa yang selalu kita fikirkan dalam fikiran kita…itulah diri kita yang sebenarnya.

# Pemikiran boleh menukar ‘syurga menjadi neraka dan neraka menjadi syurga’ – Milton dalam bukunya Paradise Lost [ syurga yang hilang].

# Tiada sesuatu perkara pun yang lebih baik atau lebih buruk melainkan baik dan buruk itu ditentukan oleh pemikiran seseorang – Shakespeare.

*****
Semua daripada kita memburu kejayaan dan kita mahukan kejayaan yang lebih besar lagi. Kita mahu memenuhi impian hidup. Kita mahu menikmati taraf hidup yang lebih baik dan hanya yang terbaik.

Kita boleh melakukannya kerana kita mempunyai 2 kualiti asas untuk merealisasikan impian hidup kita;

1# Kita mempunyai keinginan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dan kehidupan yang lebih baik.

2# Kita memiliki kebijaksanaan untuk memilih peralatan yang sesuai bagi membantu kita merealisasikan impian.

Bila kita berfikiran BESAR, kehidupan kita akan menjadi lebih BESAR…

# Kita hidup dalam kebahagiaan yang besar.

# Kita meraih pencapaian yang besar.

# kita memperoleh pendapatan yang besar.

Mulakan dari sekarang. Ya! Sekarang untuk berfikiran besar kerana seperti kata orang arif…

Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi manusia kerdil.

Rahsia memiliki Segala Apa Yang Diimpikan

 

Nota adalah petikan Kata Pengantar…
Buku: The Magic of Thinking Big – Kejayaan Pemikiran Gergasi
Oleh: David J Schwart PhD – ringkasan oleh; ahmad yani bin bahrom azhar

Share

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge