Kertas Putih Yang Berkuasa

Saya mahu anda ambil satu kertas putih A4. Ambil sekarang! Jangan bertangguh.

Sudah ambil? Bagus. Kemudian ambil alat tulisnya. Pen. Pen marker lagi baik.

Apa yang mahu dibuat dengan kertas A4 dan pen marker ini? Saya mahu anda tuliskan ayat ini.

” Saya sedang memandang manusia yang luar biasa hebat! “

Apa yang mahu dibuat dengan catatan ini? Saya mahu anda lekatkan tulisan ini di cermin utama di rumah anda. Cermin yang digunakan untuk berhias diri sebelum keluar rumah.

manusia luar biasa hebatSetiap kali anda berhias diri di cermin ini, bacalah ayat yang anda tulis itu. Setiap kali anda menggunakan cermin, bila anda memandang diri anda, sebutlah perkataan ini,

” Saya sedang memandang manusia yang luar biasa hebat! “

Bila anda dapat menyebut perkataan ini setiap memandang cermin tanpa perlu lagi membaca di kertas. Kertas itu boleh dibuang.

Share

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge