Bahagikan perut kita kepada 3 bahagian. Cara bahaginya adalah begini;
- 1/3 untuk makanan.
- 1/3 untuk air.
- 1/3 untuk udara.
Ini bukan saranan saya. Pembahagian perut kepada 3 bahagian atau tiga ruang ini adalah saranan Nabi Muhammad SAW untuk tujuan kesihatan manusia. Begitulah sayangnya nabi pada umatnya, soal kesihatan tubuh badan umatnya juga Baginda berikan perhatian.
Saranan Nabi Muhammad SAW ini membawa maksud kepada 3 perkara;
- Perut yang penuh dengan makanan tidak menyihatkan kita.
- Air yang memenuhi perut juga tidak menyihatkan kita.
- Perut kosong yang hanya ada udara lebih-lebih lagi tidak membuatkan kita sihat.
Kajian sains membuktikan bahawa perut manusia mempunyai muatan 1500 mililiter (ml). Kesimpulannya, kajian sains dan saranan nabi ini boleh diaplikasikan kepada;
- 500ml untuk nasi, sayuran dan buah-buahan.
- 500ml untuk minuman terutama air putih (air kosong).
- 500ml untuk udara pernapasan.
Mulai hari ini jagalah perut kita. Pastikan apa yang kita masukkan ke dalamnya. Ini kerana kesihatan kita ada kaitan dengan perut kita.
Betul apa yang diperkatakan dan Nabi SAW pun sarankan supaya menjaga kesihatan perut.
akubiomed recently posted..Ada hati buat header blog tapi tangan keras
Perut dengan kesihatan memang tidak dinafikan lagi. Sebab itu kebanyakkan ubat yang mujarab ialah dimakan [pergi ke perut].
Tiba teringat video yang bertajuk: Law Kana Bainana.
Hadi Rofiee recently posted..Ada Kebaikan, Beri Kebaikan dan Dapat Kebaikan
Video apa itu?
Video tentang ‘kalaulah Nabi masih bersama kita’.
Hadi Rofiee recently posted..Ada Kebaikan, Beri Kebaikan dan Dapat Kebaikan
betul tu, perut pun mesti mau jaga. hehe..
ohcikgu recently posted..Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis – Hassan Salleh