Kita Yang BESAR Dan Kita Yang Kecil

Diri kita yang BESAR sedang meronta-ronta mahu keluar dari diri kita yang kecil.

Ada orang yang sedar, dirinya yang BESAR mahu keluar dan dia berusaha mengeluarkannya. Maka jadilah dia orang yang hebat. Bilangan yang sedar ini kecil sangat. Kita adalah dari golongan ini.

Ada orang yang tidak sedar, dirinya yang BESAR mahu keluar dan dia tidak berusaha mengeluarkannya dari dirinya yang kecil dan jadilah dia orang biasa-biasa sahaja. Bilangan yang tidak sedar ini besar sangat. Kita bukan dari kalangan mereka.

Mereka yang sedar ini, ada yang menyedarinya sejak muda lagi. Bila mereka berjuang mengeluarkannya dan berjaya, jadilah mereka insan hebat sejak usia muda lagi.

Ada yang sedar bila sudah berusia tua. Bila mereka berjaya mengeluarkannya, kehebatan yang mereka kecapi tidak dapat dinikmati lama.

Amat menyedihkan bila sudah terlewat sedar. Paling menyedihkan bila tidak sedar langsung bahawa diri kita yang BESAR meronta mahu keluar dari diri kita yang kecil sampai ajal menjemput.

Baik kita sedar sewaktu muda belia atau baru sedar ketika usia menjejak senja, sewaktu sedar itulah masa terbaik untuk berubah. Tidak ada istilah lewat dalam membuat perubahan hidup.

Terlewat hanyalah ketika nyawa sudah berada di tenggorok.

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge