Lihat Penjualnya Bukan Apa Yang Dijual

Seorang Tuan Guru ada berkata…Jangan pandang apa yang dijual tapi pandanglah siapa yang menjual.

Maka aku pun menetapkan pendirian dan prinsip berikut ketika membeli terutamanya ketika Ramadan ini di Bazar Ramadan.

Aku tidak akan membeli apa-apa pun daripada penjual lelaki yang terperasan macho bila bersubang dan berantai leher. Walau terliur macam mana pun pada makanan yang mereka jual.

Aku tidak akan membeli apa-apa pun daripada penjual wanita yang rimas menutup kepalanya. Dan berpakaian tidak cukup kain. Walau macam mana pun kelihatan lazat juadah yang mereka jual.

Kata Tuan Guru lagi…Kita bukan sahaja mahu cari dan makan makanan halal. Kita patut mengutamakan juga makanan yang berkat.

Makanan halal tidak semestinya berkat. Tapi yang berkat itu sudah pasti halal.

Setiap kita ada pilihan. Inilah pilihan aku. Aku menghormati prinsip dan pilihan orang lain.

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge