Mahu Gaya Dapat Bahaya

Assalamualaikum dan salam sejantera,

Sekarang tidak ada lagi iklan rokok di TV Malaysia. Saya masih ingat-ingat lupa iklan rokok Malboro yang akan menampilkan lelaki menghisap rokok sebagai Malboro Man. Lelaki berpakaian koboi yang digambarkan ‘hebat’ dengan rokok Malboro di tangan.

Ramai rakyat Malaysia tidak tahu 3 lelaki utama yang berlakon sebagai Malboro Man iaitu Wayne McLaren, David Mclean dan Dick Hammer mati kerana kanser yang disebabkan oleh rokok.

Tidak diketahui dengan tepat sejarah mula manusia menghisap rokok, akan tetapi rokok mula dihisap oleh golongan bangsawan Eropah, kononnya sebagai gaya kehebatan sejak 500 tahun dahulu. Kemudian ia berkembang di kalangan rakyat biasa dan akhirnya menjadi gaya kebiasaan.

Orang yang mula-mula merokok di Amerika ialah puak Red Indian, tetapi hanya untuk tujuan pemujaan bukan menunjukkan kehebatan.

Apapun tujuannya, hakikatnya merokok lebih banyak menimbulkan masalah. Masalah pada kesihatan dan kehidupan sosial.

Mereka yang suka rokok, melihat sebatang rokok hanyalah segulung tembakau kering yang memberi ‘kenikmatan’ kepada mereka. Seorang ahli sains pula melihat rokok sebagai campuran bahan kimia yang terdiri dari;

Nikotin, tar, sianida, benzena, cadmium, metanol, asetilena, amonia, formaldehid, hidrogen sianida, arsenik, karbon monoksida, aceton, toluidine, napthalene, butane dan sebenarnya kata ahli sains, ada banyak lagi selain yang disebutkan.

Mari kita memahami sedikit tentang bahan kimia yang ada dalam rokok ini;

Nikoton # mungkin menyebabkan perokok berasa tenang.
Tar # mengandungi lebih 4 ribu campuran kimia dengan 60 darinya bersifat karsingen iaitu pencetus kanser.
Karbon monoksida # bila disedut banyak boleh mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu badan terutama otak membuatkan sukar bernafas dan cepat letih.
Aceton & toluidine # biasa diguna sebagai penanggal cat dan pelarut industri.
Metanol # bahan api roket.
Napthalene # bahan ubat gegat.
Butane # bahan pemetik api.

Mari kita baca pula, apa kata Pakar Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr.G.Selvaraju tentang rokok;

1# Sukar untuk melihat orang merokok pada 1950-an kerana ia bukan budaya orang Malaysia. Akan tetapi sekarang ini kadang-kadang satu keluarga menghisap rokok.

2# Biasanya kanser pada seorang perokok atau penyakit-penyakit lain tidak dapat dikesan dalam 15 tahun pertama dia menghisap rokok. Seperti dinding reput yang tersembunyi di sebalik cat tebal. Bila kanser terserlah atau dinding reput mula runtuh, ianya sudah terlewat. Tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi kecuali ‘bertahan dan menunggu’ masa hidup tamat.

3# Orang yang tidak merokok tapi kerap terhidup asap rokok orang lain, juga terdedah pada risiko penyakit. Malah sebenarnya adalah lebih bahaya dikelilingi perokok berbanding perokok itu sendiri.

4# Merokok boleh mendedahkan seseorang kepada lebih 20 penyakit kronik yang terdiri dari pelbagai jenis kanser, antaranya seperti; kanser pundi kencing, kanser perut, usus dan rahim, kanser mulut, esofagus, kanser tekak, kanser pankreas, barah payudara dan barah paru-paru. Juga boleh mendapat penyakit berkaitan saluran pernafasan, strok, lemah tulang, jantung dan mandul.

5# Dahulunya pengaruh paling kuat membuatkan seseorang itu merokok ialah iklan. Oleh kerana iklan sudah tidak boleh diiklankan, kini ibubapa menjadi ‘iklan’ utama pada anak-anak dan iklan seterusnya ialah rakan-rakan.

Fakta-fakta lain tentang merokok;

# Punca utama penyakit berat di Malaysia. Punca yang boleh dielakkan.

# 10,000 kematian setahun di Malaysia akibat penyakit disebabkan rokok.

# 30% mati disebabkan kanser, 25% kerana jantung, 25% kerana strok, hanya 20% mati kerana sakit bukan disebabkan rokok.

# 100,000 kemasukan setahun ke hospital disebabkan sakit akibat merokok.

# Kerajaan rugi RM20b setahun menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Saya bersyukur pada tuhan kerana saya tidak merokok sepanjang usia saya. Akan tetapi itu bukan bermakna kesihatan tidak perlu dijaga. Walaupun tidak merokok kesihatan wajib dijaga.

Ada panduan berbayar bagaimana caranya untuk berhenti merokok. KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN PANDUAN TERSEBUT.

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge