Mahu Jual Apa Di eBay?…Jual Roti Bakar!!!

Dia mahu makan tengahari, makan roti yang dibakar dengan keju. Bila roti itu siap dibakar, bahagian tengah rotinya yang tidak dibakar sempurna telah membentuk satu corak.

Bila dia perhatikan dengan teliti, corak itu mengingatkan dia pada satu gambar dalam simpanannya. Gambar Timothy Richard Tebow, seorang quarterback NFL American Fottball bagi kumpulan Denver Broncos

Dia tidak jadi makan. Apa yang dia buat dengan roti bakar kejunya itu? Dia buat listing dan jual di eBay!!!

eBay seller ‘carlspackler76’ dari Roanoke, Virginia USA meletakkan roti bakar kejunya dengan harga mula bidaan 99 cents pada 13-01-2012. Dia mendapat 46 bidaan. Bidaan terakhir pada 20-01-2012 tamat pada harga USD85!

Sudah pasti peminat tegar Tim Tebow yang menjadi pembida terakhir. Roti bakar keju itu disejuk bekukan dan dikirim pada pembida.

Ini cerita gila! Namun memang tidak mustahil. Bermacam benda telah dijual di eBay termasuk roti bakar keju yang difikir mustahil untuk dijual. Sebenarnya ‘carlspackler76’ menjual kreativiti dan ada orang membelinya.

Kisah ini menambah ghairah saya untuk menjadikan eBay antara satu cara menambah rezeki. Masih belajar dan mendalaminya. Lubuk Rahsia Dropship daripada Tuan Mohd Najib Assadok, seorang usahawan eBay sepenuh masa adalah antara sumber ilmu mempelajari eBay

KLIK DI SINI UNTUK BELAJAR  TENTANG EBAY CARA VIDEO. Ini produk berbayar bukan percuma. Berbaloi mendapatkannya kerana anda boleh mula menjual eBay tanpa modal produk.

Share

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge