Majalah Niaga, Tandingannya Tiada!

Standard kualitinya tinggi. Penuh maklumat. Dan amat berharga. Paling murah ia mungkin berharga RM50.  Harga yang wajar, mungkin lebih dari itu. Tapi sebenarnya, ia percuma! Ini adalah majalah Niaga.

majalah niaga

Fokus utama isi kandungan Majalah Niaga ialah wawancara dan cerita penuh inspirasi mereka yang hebat dalam perniagaan, khususnya perniagaan dengan medium internet. Dalam keluaran ke #16 ini,  Majalah Niaga memberi fokus penulis hebat Ain Maisarah.

Penulis bukan semata-mata untuk dicontohi oleh oleh penulis lain, mereka yang bukan penulis juga wajar mencontohi cara kerja dan semangat juangnya untuk menulis. Akan tetapi, penulis yang tidak menjadikan penulis hebat sebagai contoh tauladannya, adalah penulis bebal!

Kisah orang hebat boleh diinspirasi untuk semua keadaan. Itulah yang sebenarnya.

Isi kandungan lain majalah Niaga ini banyak membantu memberi panduan kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan khususnya dengan medium internat. Pada mereka yang telah mempunyai perniagaan, Majalah Niaga adalah ‘pembakar semangat juang’.

Tentulah satu keluaran tidak memberi maklumat penuh, namun dalam #16 keluaran yang telah  diterbitkan, maklumatnya bukan sedikit.

Majalah ini diberi percuma kepada sesiapa yang melanggan. Biasanya bila penerbit mahu memberi majalah percuma, yang diberi hanya keluaran #1 atau edisi pengenalan. Seterusnya kenalah bayar, namun sudah #16 keluaran, Majalah Niaga tetap diberi percuma [semua orang tahu sebelum ini  Majalah Niaga dikenali sebagai MajalahIM].

Dan jika untuk keluaran seterusnya, majalah Niaga ini masih diberi secara percuma, itu adalah sesuatu yang luar biasa hebat! Bukan mudah untuk bertindak hebat. Team Flarebiz dapat melakukannya melalui majalah Niaga ini.

Pengorbanan mana, tenaga dan tentunya RM untuk menerbitkan majalah Niaga ini wajar diberi penghargaan. Sekurang-kurangnya ucapan terima kasih.

Saya percaya Team Flarebiz melakukan ini kerana rasa ghairah mereka pada perniagaan dan kerana rasa cinta pada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan khususnya dengan medium internet untuk menjalankan perniagaan ini dengan cara atau teknik yang betul dan agar terhindar dari pernipuan mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan tentunya agar mereka tidak terlibat untuk melakukan penipuan.

Majalah Niaga adalah produk yang bagus. Rugilah kalau hanya memandang sebelah mata. Majalah Niaga adalah untuk dibaca, untuk diserap maklumatnya dan sebagai panduan bertindak.

Team Flarebiz…teruskan usaha ini. Banyak pahalanya.

Share

One comment

  • Salam tuan. Terima kasih atas reviu ini. Semoga segala perkongsian di blog Majalah Niaga dapat dicerap dan dipraktikkan oleh kita semua.

    Saya mewakili pihak Majalah Niaga mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi.

    Salam kejayaan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge