Makan Brokoli Boleh Rendahkan Risiko Kanser Hati

Hati yang diselaputi banyak sel lemak boleh menyebabkan masalah hepatocellular carcinoma (HCC) sekali gus menjadi punca kepada masalah kanser hati.

Bagaimana untuk mengelakkan diri kita daripada mengidap kanser hati?

Salah satu cara paling mudah adalah dengan kerap mengambil sayuran brokoli dalam diet harian.

Saranan untuk selalu makan brokoli ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidik dari Universiti Illinois, Amerika Syarikat, yang diketuai oleh Prof. Elizabeth Jeffery.

Brokoli

Hasil kajian ini membuktikan, dengan selalu memakan brokoli;

1# Membantu mencegah seseorang daripada mengidap masalah kanser hati.

2# Mampu mengurangkan risiko mengidap kanser payudara, prostat dan kanser kolon.

Penyelidikan tersebut turut menggalakkan supaya brokoli dimakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Kaedah penyediaan yang paling baik adalah dengan merebus atau dimakan mentah. Mungkin orang tidak suka memakan mentah. Jadi selain merebus, elok juga dikukus. Mengukus lebih baik daripada merebus.

Sumber: akhbar KOSMO

Share

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge