Manfaat Coklat Yang Dianggap Tuhan

Kaum Maya dan Kaum Aztec adalah penemu dan pengguna koko pertama di dunia. Mereka menemui koko 600 tahun sebelum Masihi di hutan Amazon. Dan mereka menganggapnya sebagai tuhan!

Kaum Maya mengaitkan koko dengan Ek Chuah iaitu Tuhan Perdagangan. Kaum Aztec pula mengaitkannya dengan Quetzalcoatl, Tuhan Pencipta.

Christopher Columbus membawa balik koko ke Sepanyol. 20 tahun selepas itu baharulah koko diterima ramai di Sepanyol. Rakyat Sepanyol menyimpan rahsia dan rasa sedap koko selama 100 tahun lebih sebelum diketahui negara Eropah lain. Seperti rahsia kopi yang disimpan dan dinikmati hanya oleh bangsawan Arab selama beratus tahun sebelum masyarakat dunia lain mengetahuinya.

Daripada biji koko inilah terhasilnya coklat.

Ramai sukakan coklat terutama kanak-kanak. Ada rasa pahit dan manis. Sedap bila dimakan kosong. Lebih sedap bila ditambah kismis, kekacang atau buah-buahan kering. Ada juga yang takut makan coklat disebabkan rasa manisnya. Apa pun coklat memang mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat.

Semasa Harry Potter keletihan selepas diganggu Dementor, Profesor Remus Lupin memberi Harry coklat untuk dimakan bagi menghilangkan rasa letih. Coklat mempunyai reputasi sebegitu. Pengembali tenaga!

Selepas ini bila keletihan disebabkan aktiviti berat, lebih baik makan sekeping coklat daripada minum setin Red Bull. Manis coklat lebih baik daripada manis Red Bull.

Dari sudut kesihatan, coklat sangat baik untuk tubuh. Bila berlebihan ia memudaratkan. Semuanya begitu. Berlebih yang keterlaluan dilarang agama walaupun untuk sesuatu yang baik.

Bila kita beli satu bar coklat, kita selalu menghabiskannya dengan sekali makan. Bukan begitu cara makan coklat yang betul. Sekeping coklat mempunyai petak-petak bar yang kecil.

Cara makan yang betul ialah makan satu petak atau sebaris petak untuk sehari. Kalau ada 5 petak atau 5 baris petak untuk sekeping coklat, ia untuk 5 hari atau dikongsi untuk 5 orang.

Begitulah caranya untuk mendapat manfaat daripada coklat.

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge