Masih Awal Untuk Ucapkan Selamat Hari Raya?

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. InsyaALLAH, ahad depan kita semua akan menyambut hari raya.

Saya tidak mahu menunggu sampai ahad pagi raya untuk mengucapkan selamat hari raya.

Saya mahu mengucapkannya sekarang…

Selamat Hari Raya AidilFitri. Maafkan kalau ada perkara zahir (tentunya melalui setiap tulisan) yang menyebabkan rasa tidak senang dalam batin pembaca ahmadyani.com. Maaf Zahir dan Batin.

Ketika berkenderaan balik beraya atau pergi beraya ke mana-mana, memandulah dengan kewaspadaan yang penuh.

Ingatlah perkara ini…

Apa yang penting ialah SELAMAT SAMPAI BUKAN CEPAT SAMPAI!

Semua orang mahu beraya di rumah ibu dan ayah, di rumah saudara mara dan sahabat handai. Tidak ada sesiapa mahu membuat rumah terbuka di hospital. Dan penghuni kubur tidak menyambut hari raya.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sebarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge