Sebut sahaja Harumanis, akan dikaitkan dengan Negeri Perlis. Sekarang ia sudah melekat kejap dengan Negeri Perlis kerana Kerajaan Perlis sudah mendaftar Harumanis sebagai harta Intelek. Negeri lain boleh menanam mempelam tapi tidak boleh mendakwa itu mempelam Harumanis.
Sememangnya pun kalau selain Negeri Perlis menanam mempelam Harumanis, ia tidak tumbuh sesubur di Negeri Perlis. Kadang-kadang langsung tidak berbuah. Kalau berbuah ia tidak semanis dan sesedap Harumanis di Negeri Perlis. Mungkin kerana faktor cuaca dan tanah di Perlis yang ‘unik’ berbanding di negeri lain.
Namanya pun harumanis, buah mempelam atau manga ini harum baunya dan manis rasanya. Isinya tebal kekuningan. Rasanya yang enak akan menawan hati sesiapa sahaja. Menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya. Yang jauh datang ke Perlis. Yang tidak berupaya datang, hanya memesan melalui online.
Mereka yang tidak berupaya pergi ke Perlis atau tidak pandai memesan Harumanis melalui online boleh datang ke Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 20-22hb Mei ini. MARA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis menganjurkan Pesta Harumanis@KL
Pesta ini akan dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Musim Harumanis tidak Lama, sebulan lebih sedikit sahaja. Sekitar hujung bulan April, bulan Mei hingga awal Jun.
Jika tidak sempat ke Perlis dan takut-takut memesan melalui online datanglah ke Medan Mara pada 20 hingga 22hb Mei ini. Usah terlepas peluang mendapatkan Mempelam Harumanis ini.
Bila datang, kenalah bersedia menerima harganya. Harga Mempelam Harumanis tidak sama harganya dengan harga mempelam di Pasar Chow Kit.
harga yang mahal tetapi kualiti tinggi memang berbaloi untuk membelinya..
mrhanafi recently posted..Telefon Meragam Hati Tak Tenteram
Kerajaan Perlis yakin dengan kualitinya sebab itu Harumanis didaftarkan sebagai harta intelek…
harummanis ni ekspot ke Jepun sebab tu harga dia melambung. untung orang Perlis.
Azam Mohamad recently posted..Rokok seludup murah berpotensi biayai jenayah masa depan
Kalau Harumanis ni lepas ke Negara Arab, mungkin akan makin meningkat harganya…
Pernah merasa mangga Harum Manis ini. Serius sangat sedap dan manis.
akubiomed recently posted..Karnival Keusahawanan 2015 Sekolah Rendah Agama
Siapa yang punya tunas rasa yang baik, pasti dapat bezakan manga harumanis ini dengan manga lain..
Saya baru dapat 5kg buah harum manis dari Perlis, Alhamdulillah merasa juga..
Noriza Rahman recently posted..Krim Herba Pelbagai Guna
Berapa harga tu?…
sedap ni…aku suka minum air pelam ni.mmg sedap.pehh cerita pun tak guna..haha
Buat jus memang sedap. Tapi tak fahamlah kenapa orang tapis sebelum minum
untuk setakat ini tak pernah merasa lagi…kalau dapat peluang nak beli jugalah
suri recently posted..Cara Nak Buat Jubah Hari Raya 2015 Ilmu Wajib Sedut Untuk Keturunan Akan Datang
memang berbeza makan mangga harum manis yang dari perlis. isinya tebal dan manis. syukur pak mertua kirim mangga dari sana. memang sedap.
imah recently posted..Sakit lutut atasi dengan Pro Kas
sy xpernah lagi rasa mangga harum manis ni.. duk tengok orang duk bising beli mangga harum manis je baru2 ni..rupanya musimnya tak lama..padan la ye…
kaki pelangi recently posted..TUMOR OTAK SI PEMBUNUH SENYAP
beli dengan zeo hari tu.
mak kata sedap.
ok la. Boleh beli lagi nanti.
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 241-285
kalau dekat fb skg ni, masing-masing friendlist upload gambar harumanis ni..terliur dibuatnya..
musadun recently posted..Semak Keputusan Kemasukan PraUniversiti Sekolah Sukan 2015