Menangkis Salah Faham Perniagaan eBay

Memang ramai usahawan ebay di Malaysia ini. Ada yang dikenali ramai dan ada yang berusaha senyap-senyap. Mereka tidak dikenali. Antara usahawan ebay yang dikenali ini, ada yang menganjurkan kursus latihan beramai-ramai dan ada yang menganjurkan kursus latihan peribadi.

Kursus ini bukan percuma. Ilmu percuma jarang dihargai. Bila terpaksa keluarkan duit untuk mendapatkan ilmu, baharulah ilmu itu diusahakan untuk diamalkan.

Antara usahawan ebay yang dikenali yang selalu menganjurkan kursus latihan ialah Mohd Najib Asaddok.

KLIK DI SINI SEKIRANYA ANDA MAHU MENDALAMI ILMU EBAY INI.

Ramai yang berjaya memperolehi pendapatan yang memuaskan setelah selesai mengikuti kursus ini. Harus diingat , bukan dijamin yang anda akan berjaya mendapat pendapatan memuaskan dari ebay setelah mengikuti kursus ini. Akan tetapi siapa-siapa yang berusaha mempraktikkan ilmu yang didapati dari kursus ini, mereka tidak akan kecewa.

Antara peserta kursus atau bengkel ebay yang dianjurkan oleh Tuan Mohd Najib Asaddok ini, ada yang tahu tentang ebay, ada yang langsung tidak tahu tentang ebay dan ada yang tahu tapi mempunyai tanggapan yang salah tentang ebay. Juga salah faham berkenaan kursus yang dianjurkan.

Antara salah faham itu ialah;

1 # Kena ada modal besar untuk memborong stok produk. Hanya dapat untung runcit kecil sahaja bila jual di ebay. Sebabnya kalau jual mahal, lebih baik orang beli di luar ebay sahaja.

Kefahaman yang betul ialah; Tidak perlukan modal yang besar untuk bermula di ebay dan tidak semestinya perlu memborong. Juga tidak perlu simpan stok. Keuntungan pula walaupun kecil tapi besar kerana pertukaran USD ke RM.

2 # ebay ialah cabang pemasaran untuk mereka yang mempunyai kedai barangan. Siapa yang tiada kedai tidak boleh berniaga di ebay.

Kefahaman yang betul ialah; sesiapa sahaja boleh bermula di ebay. Bukan kepada mereka yang mempunyai kedai sahaja.

3 # Mesti ada kemahiran IT dan pakar grafik computer.

Kefahaman yang betul ialah; Tidak perlukan kemahiran yang tinggi tentang penggunaan computer. Kadang-kadang kita hanya perlu copy dan paste sahaja.

4 # Perlu ramai kenalan, network, ada blog dan sebagainya untuk memasarkan produk yang dijual di ebay.

Kefahaman yang betul ialah; ebay sendiri mempunyai ahli lebih 200 juta yang bersedia untuk membeli.

5 # Perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk cari produk dan pembekal, ambil masa membungkus dan poskannya dan sebagainya.

Kefahaman yang betul ialah; Kaedah dropship ialah rahsia terbesar usahawan ebay tanpa perlu pening-pening memikirkan soal pembungkusan, pos dan sebagainya.

6 # Individu yang mengajar ilmu ebay tidak mengajar seratus peratus ilmu yang dimiliki. Hanya mengajar yang asas sahaja. Ilmu yang diajar tidak boleh terus diamalkan kerana kena belajar rahsia-rahsia lain baru boleh berjaya.

Kefahaman yang betul ialah; Sesiapa yang mengikuti kursus ebay seperti Bengkel Dropship eBay anjuran Tuan Mohd Najib Asaddok boleh terus bertindak tanpa perlu mengikuti kursus yang lain.

7 # Bengkel yang mengajar cara membuat duit di ebay tentulah mahal. Kalau berharga di bawah RM1000 tentu hanya mengajar ilmu sahaja. Itu pun yang asas. Keperluan-keperluan lain kena usahakan sendiri.

Kefahaman yang betul ialah; RM690 yuran kurus adalah pakej lengkap untuk ilmu, tip, makan minum, tempat kursus yang selesa, support group di facebook. Harga yang memang berbaloi.

Salah faham ebay ini dan kefahaman sebenar yang diperolehi adalah daripada Norihan Suhadak, salah seorang peserta Bengkel Dropship eBay anjuran Tuan Mohd Najib Asaddok. Ini adalah testimoni jujur beliau setelah selesai bengkel.

Salah faham ini juga ada dalam fikiran ramai orang yang lain. Dan saya menjadikan testimoni beliau sebagai nota dalam blog ini dengan harapan orang lain akan mendapat kefahaman yang betul.

KLIK DI SINI SEKIRANYA ANDA MAHU MENDALAMI ILMU EBAY INI.

Share

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge