Makan semasa zaman kecil dahulu, tidaklah mewah. Sekarang ini pun bukanlah mewah sangat. Pun begitu, dalam tidak mewah paling kurang bila jamah nasi sekeluarga, lauknya ada dua ketiga jenis.
Beras untuk masak nasi sentiasa ada, cuma lauknya asyik terputus bekalan. Bukan terputus kerana tiada ikan dan daging di pasar…kerana tiada duit untuk membelinya.
#Peringatan #Nota ini adalah bebelan masa silam. Buat keputusan untuk terus membaca atau ‘stop’ setakat peringatan ini. Bila terus dibaca, ada 2-3 ‘point’ yang saya mahu semua fikirkan. Bila stop di sini….itu saya faham#
Makan nasi digaul garam bersama kangkung goreng yang dikutip di tali air adalah perkara biasa. Tiada lauk. Kadang-kadang nasi digaul dengan serdak minyak bekas goreng-gorengan. Ini bukan nasi minyak kenduri. Ini nasi minyak orang tidak berduit.
Adik-adik yang lahir terkemudian tidak merasai perit susah ibu bapa dan kehidupan masa kecil kakak dan abang mereka. Ayah sudah tidak ada untuk bertanya tentang kehidupan awal selepas berkahwin dengan mak. Mak yang masih ada jarang mahu bercerita kalau tidak ditanya. Apa yang mak beritahu, kehidupan awal susah. Bagaimana susah itu jarang diberitahu.
Kalau ada lauk hanyalah ikan-ikan sungai. Dulu ikan sungai murah. Sekarang mahal yang amat sangat. Kalau lauknya ‘seafood’, cuma seafood kembung, seafood selar kuning dan seumpamanya. Seafood udang, seafood sotong, seafood ketam adalah lauk mahal.
Aku masih ingat akan rasa gembira yang amat sangat pada satu hari bila ayah bawa balik sotong ke rumah. Hari ini apakah ada anak-anak yang gembira bila si ayah bawa sotong ke, ketam ke atau udang balik ke rumah? Mereka tidak hairan pun dengan lauk pauk itu?
Sotong yang ayah bawa balik sedikit sangat. Hanya sotong kecil sebesar ibu jari budak. Tapi itulah kemewahan pada zaman kecil yang sesekali ayah sediakan untuk keluarga.
Selalunya mak akan masak sambal berkuah. Sotongnya sikit, kuahnya banyak. Seorang dapat dua ekor (ketul) sotong kecil sahaja. Itu pun sudah cukup nasib baik. Satu ketul makan dengan tiga pinggan nasi. Sotong kan boleh dicarik-carik nipis isinya. Satu carik nipis isi sotong untuk satu suap nasi. Satu sotong kecil cukup untuk tiga pinggan nasi.
Hari ini, kalau makan sotong sekecil itu…satu ketul satu suap! Kalau seorang anak makan tiga pinggan nasi, berapa kilo sotong yang terpaksa ketua keluarga kena beli?
Hanya satu ekor (ketul) sotong makan dengan nasi. Satu lagi ‘simpan’! Semasa makan, tangan kiri kena ‘jaga’ sotong simpan yang diletak ditepi pinggan. Kerana tangan ayah ‘suka merayap’ mengacah-acah mahu ambil sotong yang anak-anak simpan. Hendak buat apa sotong yang disimpan ini?
Sotong simpan ini akan dibersihkan dengan menghisap sambal yang menyalutinya. Tidak boleh basuh dengan air, nanti ‘manisnya’ hilang. Selepas makan nasi, sotong ini akan dipakai di jari seperti cincin. Kemudian isinya akan dicarik sedikit demi sedikit untuk dimakan. Ambil masa juga untuk menghabiskannya. Kadang-kadang siap bawa berjalan jumpa kawan dengan cincin sotong ditangan. Sesekali carik sedikit beri pada kawan.
Itulah kemewahan dan nikmat makan ketika aku masih kecil. Pernah ada sesiapa yang punya pengalaman seperti ini?
Saat sekarang ini, aku rindukan dua perkara ini;-
1# Perasaan gembira bila ayah bawa balik sotong ke rumah.
2# Rasa nikmat makan sotong.
Hari ini bila makan sotong, hanya ada perasaan rasa sedap dengan cara sotong itu dimasak. Habis dimakan, habislah perasaan itu. Yang dicari hanya rasa sedap.
Tetapi perasaan tidak pernah makan sotong tiba-tiba dapat makan kemudian selepas makan tidak tahu bila lagi akan dapat makan sukar untuk didapatkan. Rasa gembira mungkin sukar kerana sotong mudah didapati. Akan tetapi perasaan nikmat itu, mungkin ada caranya. Bagaimana?
Caranya dengan makan satu lauk satu hari.
Cuba senaraikan sotong, ketam, udang, kerang, lembu, ayam, itik, kambing, telur, ikan dan seterusnya. Kalau banyak yang disenaraikan sebanyak hari itu jugalah kita menunggu untuk makan lauk seterusnya. Mungkin waktu menunggu itulah yang mendatangkan rasa nikmat sewaktu kita menjamah hidangan tersebut.
Sudah jadi kebiasaan kita makan dengan dua tiga jenis lauk sekali makan. Kaum ibu menghabiskan banyak masa di dapur untuk menyediakan hidangan dua tiga jenis ini. Dan tentunya belanja bulanan ‘cukup banyak’ untuk beli dua tiga jenis lauk.
Makan satu lauk satu hari boleh menjimatkan belanja bulanan dan boleh menjimatkan masa kaum ibu di dapur. Dan apa yang saya cari, mungkin akan dapat kembali nikmat makan itu.
Ada terbaca merungut RM50 tidak cukup sekarang ini untuk perbelanjaan sehari barang dapur.
akubiomed recently posted..Jana pendapatan dari rumah dengan World of Hijab
RM50 sehari masih tidak cukup? Kalau perkara ini dibiarkan berterusan tanpa mahu buat perubahan, mungkin satu hari nanti RM100 sehari pun tidak cukup.
Sekali beli barang dapur RM150++ itu pun seminggu sekali lah. Kalau hari hari RM50 dah melampau tuuuu.
Adam recently posted..Rahsia dapatkan 84,058 followers di Instagram
teringat pula saya masa kecik.. nak beli baju sekolah pakai duit syiling tabung jeee.
anak2 skrg mmg bertuah dgn makanan dan pakaian yg lebih dari cukup..
Hairul Hissam recently posted..Cara Pasang Mouse & Keyboard Ke Handphone. Testimonial Bisnes Pizza dari Pembeli Rahsia Bun
Perkara biasa hingga ramai orang berasakan tidak perlu mensyukurinya.
budak-budak sekarang memang bertuah kerana majoritinya dibesarkan dalam keadaan yang agak mewah sebab tu budak-budak sekarang banyak memilih makanan…ini tak suka, itu tak sedap 😀
puteri kasih recently posted..Resipi Asas Buat Doh Roti
kalau kanak-kanak tak suka kemudian tinggalkan itu tak mengapa. tapi anak-anak yang ‘hina’ makanan yang dia tidak suka….ibubapa perlu lakukan sesuatu!
dulu pernah merasa nikmat makan ayam..ada lauk ayam maka terasa mewahnya..jika tak terpaksa makan nasik berlaukkan air teh yang dituang dalam nasik..saya segan juga nak cerita lebih..
Hero Borneo recently posted..Buku Mukmin Profesional Antara Yang Terbaik
Setiap orang yang pernah mengalami zaman susah, punya pengalamn tersendiri…
sekarang sudah berubah…susah makan sudah berubah menjadi susah hati..
Hero Borneo recently posted..Jom Hayati Lagu Kau Boleh
saya dapat merasai dan menyelami akan kisah ini, … 🙂
myrujukan recently posted..Tempat Menarik di Johor Bahru – Zoo Johor
Mereka yang pernah hidup susah akan memahami walau pengalaman berbeza…
Memori zaman silam…macam best aje…kalaulah kita semua boleh “hidup” seperti zaman dulu tentu tak ada masalah sekarangkan…masa kecil pandai aje bersyukur..dah besar macam-macam tak cukup ya..hmmm…
Raudzah recently posted..Diet Pelik : Makan Ulat Untuk Kurus
Walau hidup susah masa kecil…itu kekal menjadi pengalaman yang menyeronokkan…
dulu..makan daging pun macam tu.
makan ayam pun carik sikit-sikit.
nak kasi balance dengan nasi.
🙂
titan recently posted..Spa Aishah Radhiah cawangan Seremban sudah dibuka.
Nikmat makan tu nikmat yang tak ternilai, susah juga kalau hilang nikmat tu
Khairul Zamri recently posted..Mudahnya Menjemput Rezeki
Makan nasi putih dengan garam dan bawang putih.. 🙁 🙁 🙁 teringat daku di zaman universiti dulu2…
JAWATAN KOSONG TERKINI recently posted..JAWATAN KOSONG YAYASAN PENYAYANG MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH
Kisah yang menarik, saya juga teringat, dulu-dulu masa kecil pun suka jadikan sotong sebagai cincin sebelum disuap ke dalam mulut. Penangan Ultraman Ace agaknya masa tu. Huhu
Afiffuddin recently posted..Tempat Makan Best di KL – Senarai Tempat Makan Best di Kuala Lumpur