Selama ini saya fikir Malaysia tiada gempa bumi. Yang berlaku hanyalah gegaran. Tempias gempa yang berlaku di negara jiran. Rupa-rupanya gempa bumi ada berlaku di Malaysia.
Gempa terkuat berukuran 5.9 pada skala Richter telah berlaku pagi Jumaat lepas, 5 Jun 2015 pada jam 7.15 pagi. Inilah yang terkuat sejak 39 tahun lepas. Sejak 1976. Yang terkuat sebelum ini adalah 5.8. Akan tetapi siaran kerajaan hanya menganggap gempa ini gegaran sederhana sahaja.
Rentetan gempa yang pernah berlaku di Malaysia adalah seperti berikut;
- Tahun 1976 di Lahad Datu, berukuran 5.8 pada skala Richter (SR).
- Tahun 1989 di Ranau, berukuran 5.6 pada SR.
- Tahun 1991 di Ranau, berukuran 5.1 pada SR.
- Tahun 2005 Mac di Ranau, berukuran 4.1 pada SR.
- Tahun 2005 November di Tawau, berukuran 5.8 pada SR.
- Tahun 2010 Februari di Ranau, berukuran 2.6 pada SR.
- Tahun 2011 Mei di Lahad Datu, berukuran 3.3 pada SR.
- Tahun 2011 Jun di Sandakan, berukuran 4.0 pada SR.
- Tahun 2012 Mei di Kunak, berukuran 3.7 pada SR.
- Tahun 2013 Julai di Kudat, berukuran 3.6 pada SR.
- Tahun 2014 Februari di Ranau, berukuran 4.8 pada SR.
- Tahun 2014 Oktober di Kudat, berukuran 4.4 pada SR.
- Tahun 2015 Februari di Sandakan, berukuran 5.6 pada SR.
Selepas kejadian Jumaat lepas, berlaku 53 gegaran susulan (setakat nota ini ditulis) antara ukuran 1.1 hingga 3.2 pada SR.
Mungkin kita menyangka hanya itu gempa yang berlaku. Hakikatnya gempa telah dikesan berlaku di Malaysia sejak 1923. Dari tahun 1966 sehingga tahun 2014, 95 gempa direkodkan hanya di Sabah sahaja.
Ini tidak termasuk gempa yang direkodkan berlaku di;
- Tahun 2009 Mac di Jerantut, berukuran 3.2 pada SR.
- Tahun 2009 April di Manjung, berukuran 2.8 pada SR. Termasuk tempat lain seperti di Janda Baik.
Saya tidak tahu apa anggapan anda tentang gempa ini. Pada saya gempa ini betul-betul berlaku di Malaysia. Jadi saya benar-benar tidak ‘faham’ bila Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr Felix Tongkul menyatakan Malaysia hanya terpalit dengan kesan gempa yang berlaku di Negara lain. Alasannya Malaysia tidak termasuk dalam zon lingkaran gempa.
Sudah ada 16 kematian (setakat nota ini ditulis, 2 masih hilang) akibat gempa bumi di Sabah dan kita masih katakan ini tempias gempa? Dan apakah Allah tidak mampu mendatangkan gempa di luar zon lingkaran gempa?
Apa punca gempa bumi?
Ahli sains mengatakan akibat gelinciran kerak bumi atau akibat gunung berapi. Ramai agamawan dan orang awam termasuk saya menyatakan, gempa bumi berlaku akibat dosa!
Kaitan gempa dengan dosa tidak dapat dinafikan sebab itu ramai yang percaya gempa berlaku akibat manusia melakukan dosa dan kezaliman melampau.
Gempa yang baru ini dikatakan berlaku kerana ada beberapa pelancong yang bertelanjang di atas Gunung Kinabalu. Gempa di Acheh berlaku kerana ada maksiat berlaku di pantai. Gempa di Nepal berlaku kerana kezaliman ke atas binatang atas nama agama.
Ada kisah menarik Khalifah Umar al Khattab mententeramkan gempa bumi.
Apakah gempa bumi ini makhluk bernyawa sampai ia boleh ditenangkan oleh Sayidina Umar? Kisah ini berkaitan karamah yang dimiliki oleh Sayidina Umar al Khattab.
Dikatakan gempa bumi telah berlaku di Madinah pada zaman pemerintahan Sayidina Umar. Bumi Madinah bergoncang dan ia tidak pernah berlaku sebelumnya. Penduduk panik dan ketakutan. Masing-masing keluar rumah dan pergi ke tanah lapang termasuk Sayidina Umar.
Bila gempa berterusan, Sayidina Umar menggunakan tongkatnya dan memukul bumi Madinah beberapa kali sambil berkata, “Wahai bumi, apakah aku telah melakukan dosa dan maksiat di atas kamu? Apakah aku memerintah di atas kamu tanpa keadilan sampai kamu marah dan bergoncang begini?”
Sebaik Sayidina Umar berkata begitu, gempa bumi reda dan sampai sekarang tidak pernah berlaku gempa di Madinah. Kisah Sayidina Umar menghantar surat kepada sungai Nil di Mesir ramai diketahui orang tapi kisah gempa bumi ini jarang diketahui.
Daripada kisah Sayidina Umar inilah saya percaya, gempa bumi berlaku lebih kerana akibat dosa dan kezaliman yang dilakukan oleh manusia.
Ya, semasa di bangku sekolah guru Geografi ada beritahu Malaysia tidak berada di lingkaran Api Pasifik dan mustahil berlaku gempa bumi tetapi teryata kenyataan berkenaan meleset sama sekali.
akubiomed recently posted..Kek Pavlova untuk dealova ternanti nanti
Sebab itulah juga saya mati-mati ingatkan Malaysia tiada gempa. Sudah banyak rekod yang dicatatkan, tapi kita masih menganggap yang Malaysia tidak termasuk dalam lingkaran gempa. Pelik betullah.
semoga gempa bumi nie tak berpanjangan.. amin…
Hairul Hissam recently posted..Persediaan Sebelum Bersara dan Berhenti Kerja Dgn Bisnes Makanan. Testi Bekas Pembeli Minta Diskaun Lagi.
Sama-samalah kita berdoa. Memang tidak pernah terfikir gempa di Malaysia akan mengakibatkan kematian sebanyak ini…
saya yg berada di kudat Sabah,jauh dari gunung kinabalu pun rasa gegaran yg sangat kuat pada pagi 5 jun tu.
musadun recently posted..Semak Keputusan Kemasukan PraUniversiti Sekolah Sukan 2015
Betul, berbalik semula kepada Sang Pencipta
Ani Haryani recently posted..Sekitar National Conference Shaklee 6 & 7 hb June 2015
Faktor Geografi tak boleh pakai sebab ia teori semata-mata. Kerajaan pusat atau kerajaan negeri kena buat satu rules supaya ada dressing code buat pendaki yang naik ke sana malah tempat lain juga.
rahimah recently posted..Bercuti Ke Turki ? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika Anda Jenis Panas Baran.