Mengajar Anak Erti Sedekah-2

Nota ini adalah cerita yang bersambung dari Nota terdahulu…Mengajar Anak Erti Sedekah.

Sekarang anak kecil itu sudah memiliki RM140 dalam masa 40 minggu sahaja tanpa perlu menunggu 140 minggu.

Inilah hasil yang anak kecil itu dapat bila si ibu ‘memaksa’ dia bersedekah RM40 duit yang ditabungnya.

Pada mulanya anak kecil itu keliru bila si ibu mahu menggunakan duit yang ditabungnya untuk membeli barang dapur dan memasaknya. Kemudian masakan itu disedekahkan pada jemaah surau, sedangkan sebelum itu ibunyalah yang menyuruh dia menabung kalau mahu memiliki barang permainan yang diidamkannya.

Namun bila ibunya ‘memaksa’ dia bersedekah, sedekah itu telah mendatangkan hasil yang tidak disangka-sangka. Anak kecil itu mendapat pulangan sedekah sebanyak RM140.

Anak kecil itu sudah boleh membeli barang permainanya dengan duit RM140 yang ada. Namun ditanguhkan buat sementara waktu kerana dua orang sepupunya akan berkhatan. Anak kecil itu tidak mahu dua sepupunya itu ‘bersedih’ tidak dapat bermain barang permainan bersamanya dalam tempoh belum sembuh berkhatan.

Anak kecil itu berkira-kira mahu membeli barang permainan setelah dua sepupunya sembuh luka berkhatan. Bolehlah mereka bermain bersama-sama.

Salah seorang bapa saudara mereka datang dari jauh menghadiri majlis berkhatan itu. Dalam perjalanan dia membeli 2 hadiah untuk dua sepupu anak kecil itu yang berkhatan, namun si ibu saudara meminta membeli 3 hadiah kerana si ibu saudara teringatkan anak kecil itu.

Takdir tuhan menentukan hadiah yang dibeli oleh bapa saudara itu adalah barang permainan yang sangat diidamkan oleh anak kecil itu selama ini.

Sekarang anak kecil itu telah memiliki permainan idamannya tanpa perlu mengeluarkan RM140. Sedekah RM40 yang diberi dalam bentuk makanan dahulu, bukan sahaja dibalas oleh ALLAH dengan RM140 malah dibalas dengan barang permainan tanpa mengeluarkan wang satu sen pun.

Anak kecil ini sudah besar dan kini menjadi seorang pendakwah yang mengajar agama di merata tempat. Setiap kali dia bercakap tentang sedekah, dia akan menceritakan kisah dirinya masa kecil dahulu sebagai contoh.

Beberapa tip yang diberi si anak kecil yang kini sudah besar menjadi pendakwah untuk memastikan sedekah kita mendapat pahala berganda dari ALLAH;

1 # Berikan barang baru, bukan barang lama yang kita tidak mahukan lagi.

2 # Barang itu sesuatu yang suka dipakai atau diguna oleh penerima. Jangan sedekah sesuatu yang kita sendiri tidak suka pakai atau guna, contohnya pakaian lusuh atau koyak.

3 # Berikan barang yang boleh diguna serta merta, bukan barang rosak yang perlu dibaiki penerima sebelum boleh digunakan.

4 # Sedekahkan barang halal bukan yang haram atau syubahah.

5 # Jangan mengungkit-ungkit setiap pemberian kita. Derma tanpa menginginkan pujian dan sanjungan. Seperti tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu.

NOTA PROMOSI # Sedekah ada rahsianya yang tersendiri.  Untuk tahu rahsia tersebut KLIK DI SINI

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge